Berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH17 lewat malam semalam, satu laporan berkaitan dengan inSiden tersebut didedahkan oleh laman media AFP.
Katanya, kumpulan pemberontak Ukraine mengakui telah menembak jatuh sebuah pesawat yang disangka pesawat pengangkutan tentera dilokasi yang sama MH17 terhempas.
Laporan itu mendedahkan status Komander tertinggi tentera yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Donetsk People Republic dalam laman media milik mereka.
Sebelum ini, kumpulan pemberontak yang sama turut mengakui bahawa pihak mereka telah menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine.
“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.
Jelas Komender kumpulan pemberontak tersebut, pihaknya turut memberikan amaran kepada angkatan tentera Ukraine agar tidak memasuki ruang udara mereka sebelum ini.
“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya. Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan
Nah!!! Sekarang pihak Ukraine tunggu apa lagi? Bila diorang nak ambik tindakan terhadap puak - puak pemberontak tu? Atau adakah mereka akan terus berdiam diri?
Sewajarnya pihak Kerajaan Ukraine mengambil sepenuhnya tanggungjawab bagi membawa kumpulan pemberotak itu ke muka pengadilan. Jangan disebabkan konflik yang melanda Negara mereka, orang lain pulak yang menjadi mangsa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.