Ahad, Julai 27, 2014


Itu satu persoalan yang bermain dalam kepala tatkala membaca artikel yang dikeluarkan oleh blogger Pro PAS sebelum ini terhadap kenyataan Hadi Awang.

Pelbagai spekulasi yang ditimbulkan termasuk memberi gambaran kononnya kenyataan Hadi Awang itu sebagai satu kenyataan yang 'Songsang'. (Klik Sini)

Malah MSO juga turut memberi gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh Si Hadi Awang tu membelakangi pemikiran dan siasah Allahyarham Fadhil Noor.

Maka, hari ini timbul pula satu persoalan. Sejak bila pulak MSO tu berubah jadi penyokong tegar kepada Si Ketua Penipu tu sedangkan dia selama ini menyokong Nik Aziz?

Sepatutnya, sebagai seorang penyokong tegar kepada Mantan Menteri Besar Kelantan tu, perkara itu yang perlu disambut oleh blogger PAS tersebut.

Tapi, disebabkan Tok Guru dia tu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Si Hadi Awang mungkin membuatkan blogger tersebut enggan membuat sebarang ulasan.

Jadi, kenapa dia tak nak buat ulasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz berhubung pendirian yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS tu semalam?

Kalau kita baca artikel dalam blog MSO tu hari ini, dia hanya mengeluarkan artikel khusus buat Si Ketua Penipu tu. Tak de pulak dia cerita pasal Nik Aziz.

Jelas Nik Aziz dalam kenyataannya semalam, dia menyokong saranan yang dibuat oleh Hadi Awang bagi mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Nik Aziz turut membangkitkan persoalan mengenai sebab musabab untuk Si Khalid Ibrahim tu digugurkan dan diganti dengan Si Wan Omega.
"Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?"
Nah!!! Sekarang itu yang menjadi persoalan utamanya. Tak nak ke MSO tolong jawab persoalan yang diajukan oleh Nik Aziz mengenai isu tersebut?

Sewajarnya, tindakan MSO selaku seorang blogger dan penganut tegar PAS tidak perlu membelakangi partinya biarpun dia tak berapa suka pada Hadi Awang. 

Kalau ye pun dia benci pada Hadi Awang, tak payah la dia nak tunjuk yang dia taksub dengan Si Ketua Penipu tu pulak. Penyudahnya nanti, dia sendiri jugak yang akan terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Si Ketua Penipu tu!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. hanturaya xbagi makan akan cari tuan baru yg sanggup bagi ampau.dah memang tabienya camtu.w2do.

    BalasPadam
  2. Sejak si penipu selamatkan syarikat majalahnya dulu dan dia jadi orang kaya dengan menjual syarikat penerbitannya tu lah takan korang tak tahu. Dulu MSO ni kemain kutuk Anwar zaman 80an masa masuk UMNO..tengok saja buku dan artikel terbitannya dulu tapi sekarang dialah antara parasit dalam PAS yang menjadi agen si Penipu tu...Kalau dah sama-sama penipu apa lagi ..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping