Dek kerana terlalu teruja dengan kenyataan yang dilihat hanya sekadar mencari populariti murahan, Si Nurul Izzah tu ditenyeh oleh Pengerusi MyWatch, Sanjeevan hari ini.
Dia menggesa supaya Ahli Parlimen Lembah Pantai tu agar mengambil berat tentang isu perjudian dan pelacuran di kawasan Brickfields yang semakin menjadi-jadi
Malah, Sanjeevan juga menganggap perkara tersebut hanya "mengotorkan" dan mencemar reputasi kawasan yang terkenal gelaran "Little India" itu.
Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah turut menegaskan bahawa isu perjudian dan pelacuran di Brickfields itu mampu diselesaikan jika Si Nurul Izzah tu ikhlas mahu menghapuskan masalah yang sekian lama membelenggu masyarakat di situ.
“MyWatch menggesa Nurul Izzah membangkitkan perkara ini di Parlimen selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Selain itu, Sanjeevan turut menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis dan pelbagai agensi berkaitan agar menggunakan kuasa mereka sepenuhnya bagi menutup terus pusat perjudian dan pelacuran di Brickfields.
Menurutnya lagi, Brickfiels merupakan kawasan tumpuan dan tarikan pelancong disebabkan lokasinya berhampiran KL Sentral dan Little India.
Namun kegiatan pusat perjudian dan pelacuran yang seolah-olah tidak dipedulikan oleh Si Nurul Izzah tu selaku Ahli Parlimen dikawasan tersebut hanya mencalarkan imej negara.
Sanjeevan turut mendakwa wujud pusat perjudian dan pelacuran di Brickfields yang terletak cuma 100 meter dari kuil Hindu dan dibiarkan beroperasi secara bebas berhampiran pusat ibadat kaum India di kawasan itu. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.