Pakatan kini didakwa berada diambang perpecahan berikutan kemelut kepimpinan yang melanda mereka pada ketika ini. Percanggahan diantara mereka makin ketara.
Malangnya, Si Hadi Awang tu jugak yang dijadikan 'Korban Raya' hanya kerana dia tampil membuat pendirian berhubung kedudukan MB Selangor sebelum ini.
Maka, mesyuarat PAS pada 10 Ogos yang akan datang bakal menyaksikan pertembungan di antara kumpulan Pro Khalid kekal dan golongan yang menyokong Pemberontak.
Menurut satu sumber, perkara tersebut menjadi satu kepastian apabila Si Hadi Awang yang tak hadir mesyuarat pada 22 Julai lalu tiba - tiba pulak menyatakan pendiriannya.
"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir.
"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber yang merupakan pemimpin PAS.
Tambah pemimpin itu lagi, kumpulan yang menyokong keputusan PkR dalam isu penggantian MB Selangor tu terdiri dari kumpulan profesional didalam PAS.
Manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kalangan mereka yang konservatif iaitu daripada kumpulan Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.
Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak berpuas hati apabila PAS terus berada dalam pakatan pembangkang.
Maka seterusnya mereka akan menggunakan peluang dalam mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.
"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan. Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan," jelasnya.
Mungkin inilah bahananya bila suka sangat menyokong puak - puak yang membelakangkan ajaran Islam. Nak pulak puak - puak dari kalangan Kaum Luth macam Si Ketua Penipu tu.
Penyudahnya diorang jugak yang ditimpa musibah sehingga boleh membawa ke ambang perpecahan. Yang bergaduhnya bukan diorang, tapi PKR. Tapi dek kerana ada dikalangan diorang yang GILA KUASA, maka diorang sendiri yang terjerat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.