Heh!!! Sendiri tempah maut bro. Tak de penyakit saja cari penyakit. Penyudahnya nanti, diorang akan salahkan UMNO jugak kerana wujudkan huru hara.
Walhal yang buat kecoh bukan orang lain, tapi diorang sendiri jugak yang cari pasal. Diorang jugak yang kecam kepimpinan Rejim Pakatan yang diterajui oleh Si Khalid Ibrahim tu.
Maka sebab itulah pemimpin PKR Selangor dilihat tidak lansung belajar dari kesilapan yang dilakukan oleh Rejim PAS Kedah sewaktu Allahyarham Tan Sri Azizan Razak jadi MB.
Akibat perebutan kuasa dan perbalahan diantara kepimpinan parti menyebabkan parti tersebut hilang kuasa di Kedah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Pun pada ketika itu, PAS Kedah menyalahkan UMNO dengan dakwaan kononnya mereka mengambil kesempatan diatas perbalahan yang berlaku.
Diorang tak mengaku kesilapan diorang sendiri. Malah masih ada pemimpin PAS Kedah yang mendabik dada kononnya jika perbalahan tak berlaku, sukar untuk BN rampas kuasa.
Itu soalnya. Bila dah kalah, kenapa diorang tak kaji kesilapan diri mereka sendiri? Kenapa diorang tak nak mengakui kelemahan dari sudut pengurusan Negeri?
Jika perbalahan didalam parti pun diorang tak mampu nak kawal, macam mana diorang boleh nak memerintah dan mentadbir Negeri dengan baik?
Sepatutnya mereka mengakui kelemahan diri mereka terlebih dahulu. Mereka perlu ambik tindakan terhadap pemimpin yang berbalah demi kepentingan diri sendiri.
Perkara yang sama juga berlaku dalam PKR di Selangor pada ketika ini. Semuanya berebut kuasa bukan sebab nak membela dan menjaga Kebajikan Rakyat.
Sebaliknya, pentadbiran Si Khalid Ibrahim tu dikritik kerana ada pihak tertentu yang tak dapat habuan serta dinafikan tuntutan yang dibuat atas dasar kepentingan peribadi.
Mereka ini yang dipulaukan oleh Si Khalid Ibrahim demi menjaga hak rakyat. Khalid tidak tunduk kepada desakan pihak tertentu yang mahukan keuntungan peribadi.
Khalid masih lagi berpegang kepada amanah yang diberikan untuk menjaga Kepentingan Rakyat dan mendahului kepentingan individu tertentu.
Maka sebab itu sehingga hari ini, Si Khalid Ibrahim tu masih lagi berdegil dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar. Kalau dia bagi orang yang Gila Kuasa tu jadi MB< alamat jahanam la Selangor dibuatnya. Ada yang kena jual sampai ke Yahudi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.