Isnin, Julai 21, 2014


Setakat hari ini, dilaporkan seramai 261 orang rakyat Palestin telah terkorban sejak sekutu rapat Singapura, Rejim Zionist menyerang penduduk Gaza.

AFP melaporkan, angka korban tersebut meningkat malam semalam ketika Israel mempergiatkan serangan darat yang masuk hari ke-11.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Ashraf Al-Qudra berkata, pasukan perubtatan menemui mayat korban serangan di selatan bandar Gaza pagi semalam.

Sebelum itu, dua lelaki dari kalangan keluarga Shami terbunuh di bandar selatan Khan Yunis manakala empat lagi turut terbunuh dalam serangan lain dibandar tersebut.

Dua orang rakyat Palestine dilaporkan meninggal dunia di Beit Hanun selepas dua lagi terbunuh akibat serangan kereta perisai tentera Zionist selepas tengah malam.

Seorang lagi warga Palestin terbunuh di Shejaiya di timur Gaza sementara lima terkorban dalam serangan berasingan di selatan bandar Rafah termasuk bayi lima bulan.

Menurut laporan yang diberikan oleh Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di Gaza, lebih daripada 80 peratus mangsa yang terlibat adalah orang awam.

Dari anggaran tersebut, sekurang - kurangnya seramai 1,920 warga Palestine cedera parah ekoran serangan tentera Zionist sejak 8 Julai yang lalu.

Sehingga hari ini, sekurang - kurangnya 1,164 roket yang dilancarkan dari Gaza berjaya mendarat di Israel manakala 320 lagi ditembak jatuh oleh sistem pertahanan Iron Dome.

Namun, dari angka tersebut, hanya seorang sahaja anggota tentera Rejim Zionist yang dilaporkan terbunuh dari serangan balas pejuang - pejuang Palestin.

Dikala kuasa - kuasa besar semuanya mendesak agar Rusia bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pesawat MH17, mereka juga perlu bertindak tegas terhadap Rejim Zionist. Jangan diorang buat - buat tak tau pulak!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping