Hehehe!!! Tersenyum lebar nampak gayanya Si Khalid Ibrahim tu lepas dia baca artikel dibawah ni. Dari hujung telinga ke telinga sengih dia. Gelak sakan dia dibuatnya.
Tapi dalam masa yang sama ada jugak pihak yang 'Panas Hati' bila baca artikel dibawah ni. Nak pulak dari kalangan mereka yang menyalak diluar bangunan SUK Selangor tu.
Dah tentu - tentu puak - puak tu akan meroyan dan menuduh kononnya UMNO ambik kesempatan terhadap kemelut kepimpinan yang melanda Pakatan pada ketika ini.
Hanya itu sahaja alasan yang boleh mereka berikan sedangkan konflik berkaitan dengan kedudukan MB Selangor ni adalah ciptaan mereka sendiri.
Diorang sendiri yang sengaja cari penyakit. Siapa suruh diorang ikut sangat rancangan "Langkah Kajang" yang direncanakan oleh Si Rafizi tu sebelum ini? Sekarang, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!! Jangan nak salahkan orang lain pulak!!!
SHAH ALAM: Umno Selangor berpendirian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar ketika PKR nekad mahu menukarnya dengan ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kata Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias, peralihan kuasa yang ingin dilaksanakan PKR jelas bahawa parti itu hanya mementingkan kuasa semat-mata.
"Orang ramai sudah menerima Khalid (sebagai menteri besar). Jadi demi pembangunan, dia perlu teruskan.
"Krisis ini menunjukkan ramai dalam PKR yang hanya berminat dengan kuasa," kata sebagaimana dilaporkan oleh The Star hari ini.
Tambahnya sebelum ini Khalid pernah menegaskan ini adalah penggal terakhirnya meneraju Selangor.
"Ketika dia dipilih memegang jawatan itu, dia dipuji tetapi tidak sampai setahun, mereka mahu menggantikan dia.
"Dalam apa kes pun, kita akan teruskan kerja kita sebagai pembangkang," jelasnya dalam kenyataan tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.