Khamis, Ogos 21, 2014


SEMUA sedia maklum bahawa Si Khalid Ibrahim tu agak sukar untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor kerana kurang sokongan dikalangan ADUN.

Setelah PAS kembali menyokong Pakatan untuk melantik Wan Azizah, kini hanya tinggal masa untuk mereka menghadap Sultan Selangor bagi mendapat perkenan baginda.

Proses pelantikan Menteri Besar ini dilihat tidak akan menghadapi masalah jika sultan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Sultan mungkin memperkenankan calon tunggal PKR itu kerana Wan Azizah mempunyai sokongan majoriti daripada ADUN dikalangan Pakatan di Selangor.

Namun, apa akan jadi sekiranya nama Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor? Siapakah yang layak dan berkebolehan untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar?

Selain Wan Azizah, PKR sebenarnya masih mempunyai calon alternatif bagi jawatan tersebut iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Tetapi, adakah PKR akan melobi nama Azmin untuk menjadi Menteri Besar kerana biarpun dia merupakan pemimpin Pakatan yang paling senior dan berpengaruh?

Jika sebelum ini, PKR secara terang - terangan menolak cadangan yang diketengahkan oleh PAS untuk menamakan Azmin sebagai calon alternatif bagi jawatan MB Selangor.

PKR dilihat tidak akan mudah mengalah dan menyerahkan jawatan Menteri Besar itu kepada PAS atau DAPig biarpun mereka hanya ada 13 kerusi berbanding yang lain.

PAS rela melepaskan jawatan tersebut kerana khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh Khalid Ibrahim sebelum ini. Maka sebab itu mereka masih menyokong dia.

Namun dalam senario kali ini berbeza kerana Khalid Ibrahim telah dipecat oleh PKR ekoran salah laku yang didakwa oleh kepimpinan parti tersebut.

Maka persoalannya pada ketika ini, adakah PAS akan terus berdiam diri biarpun PKR tetap bertegas untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai MB Selangor?

PAS bukannya ketandusan pemimpin untuk diketengahkan menjadi menteri besar, ini kerana mereka mempunyai Exco Negeri yang berpengalaman.

Dalam situasi ini, PAS mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mengisi kekosongan kerusi Menteri Besar Selangor tu bila keadaan memerlukan.

Jadi, kemungkinan untuk PAS menangguk di air yang keruh sekiranya calon Tunggal PKR ditolak oleh pihak istana tu memang wujud. Kalau itu berlaku, maka konflik yang melanda Pakatan akan bertambah kronik. Meroyan la Si Ketua Penipu tu dibuatnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mula lawan tun m kalah ,lawan pm kalah, lawan khalid mb kalah nak lawan tuan guru hadi kalah lepas tu nak lawan Tuanku pun kalah gak macam nilah ,,,,,,,ANWAR YOU ARE LOSER


    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping