Jumaat, Ogos 15, 2014


Biarpun dia dah berusaha untuk 'membeli jiwa' PAS dengan memancing dua ekor beruk PAS semalam, tapi nampak gayanya usaha Si Ketua Penipu tu tetap tak berjaya.

Sebaliknya PAS tetap dengan pendirian mereka menolak pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS malam tadi. Mesyuarat selama dua jam itu dipengerusikan oleh Mat Sabu. 

Pada sidang media kemudian, Pak Mus menegaskan penolakan pencalonan Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bukan kerana jantina. 

Katanya, sebab penolakan pencalonan isteri Si Ketua Penipu tu sudah dinyatakan kepada semua 15 ADUN PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR. 

Bagaimanapun kata Pak Mus, PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di dikalangan ADUN Selangor sebagai calon Menteri Besar. 
"Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ," katanya.
Pak Mus juga berkata, PAS tetap menganggap Rejim Pakatan Selangor sedia ada sebagai Rejim yang sah biarpun ditadbir oleh Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Bebas.

Sehubungan itu, kedudukan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini. 
"Kami masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat EXCO itu mewakili parti dan pakatan selepas enam EXCO daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan," katanya.
Maka, usah la Si Ketua Penipu tu nak meroyan tak tentu arah dan memaksa serta mengugut PAS untuk bersetuju dengan cadangan yang diorang buat. Jadi la manusia berprinsip sikit. Jangan la dia jadi manusia MUNAFIK!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping