Jumaat, Ogos 15, 2014


PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.
"Tindakan dua ADUN (anggota Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

“PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuensi tindakan,” kata setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman (kanan).
Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) hari ini tampil menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Wan Azizah.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana “dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat" dan beliau juga yakin mesyuarat ahli penting PAS minggu akan akan memutuskan terus bersama PKR dan DAP.

Dalam kenyataannya petang ini, Khairuddin berkata, tindakan Saari dan Hasnul itu tidak menurut tatacara dan arahan parti, gopoh dan “terlalu taksub”.
“PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulama yang harus kita patuh. Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan.

“Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?" kata Khairuddin sambil meminta dua ADUN itu sabar menunggu mesyuarat penting itu.
Beliau justeru “menasihatkan” dua ADUN itu menarik balik pendirian mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin.

Ini katanya termasuk “melihat kembali kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan oleh dua orang ADUN tersebut sewaktu menjadi calon dalam Pilihan Raya Rmum yang lalu”. 

PS: Heh! Bukan ke orang dah bagitau ke hari tu? Kalau engkar dengan arahan PAS ni boleh dianggap sebagai satu dosa besar. Tak boleh masuk sorga. Takkan itu pun dua ekor ADUN PAS tu tak tau kot!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Mereka tidak tukar parti, mereka hanya memberi sokongan, jika dipecat pun itu bukan kerelaan mereka - baiah tidak terpakai.

    BalasPadam
  2. Dalam baiah disebut menyokong perjuangan, apabila dewan ulama belum mengambil keputusan tetapi badut dua ekor ni membuat keputusan sendiri bermakna badut2 ni telah menkhianati perjuangan.

    BalasPadam
  3. PAS mmg parti org2 bodoh lagi munafik.. dh teruk macam ni baru nk sedar ke? Bkn main hentam UMNO siang malam. HARAKAH laporan muka depan masih lg duk ckp pasal UMNO BN.. konon tetap benci BN.. bodoh celaka PAS ni.. dh nak mampos bergaduh dgn org lain pun tetap nk cari pasal dgn UMNO..

    Kita nk tgk apa nk jd puak munafik ni berlawan dgn puak2 iblis PR.. sapa menang..

    BalasPadam
  4. shiddiq-benar amanah-dipercayai tabligh-menyampaikan fathana-bijaksana.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping