"Adakah anda tidak bersedia terima pemimpin wanita?" Itu persoalan yang diletakkan oleh Si Ketua Penipu tu diatas bahu PAS pada ketika ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu merujuk kepada keengganan PAS untuk menerima pencalonan isterinya sebagai pengganti Khalid Ibrahim.
Perkara tersebut menjadi satu pertikaian apabila PAS sejak akhir - akhir ini dilihat masih cuba menolak pencalonan tunggal yang dibuat oleh PKR dan DAPigs.
Soalnya, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu nak tuduh PAS menolak pencalonan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan gender? Seksis sangat ke PAS ni?
Walhal, PAS sendiri dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini menegaskan bahawa mereka tidak menolak pencalonan Wan Azizah kerana disebabkan dia seorang wanita.
Walaubagaimana pun, PAS menolak pencalonan yang dibuat oleh sebelum ini atas alasan mereka sendiri biarpun ianya tidak diumumkan kepada orang ramai.
Jadi, kenapa Si Ketua Penipu tu nak tuduh PAS menolak pencalonan yang dibuat berdasarkan kepada isu gender? Dari mana dia dapat idea tersebut?
Apa yang pasti, tindakan Si ketua Penipu tu masih lagi meninggalkan tanda tanya kepada rakyat secara umum. Nampak gayanya, dia cuba nak tuduh PAS ni jenis yang orthodoks.
Walhal jika dilihat dari satu sudut, PAS masih lagi berpegang kepada tuntutan Islam yang melarang kaum wanita menjadi pemimpin sedangkan masih ada lelaki lain yang lebih layak.
Maka, dapat kita lihat bahawa usaha Si Ketua Penipu tu adalah untuk menjadikan PAS sebuah parti yang Liberal dan mengubah dasar yang diperjuangkan selama ini.
Apa yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu boleh dianggap sebagai satu Penghinaan kepada PAS kerana dia jelas memperlekehkan tuntutan Islam secara terbuka.
Namun, disebalik kenyataan yang dibuat, Si Ketua Penipu tu sendiri sehingga hari ini masih GAGAL untuk menjustifikasikan kenapa dia perlu namakan isterinya sebagai calon.
Persoalan itu yang perlu dijelaskan kerana alasan yang diberikan sebelum ini hanya dianggap RETORIK. Alasan yang dia bagi hanya sekadar nak mengaburi mata rakyat.
Jika pencalonan Wan Azizah tu hanya kerana Hieraki dia tinggi dalam parti, kenapa sebelum ini Si Azmin tu tak dipilih menjadi Menteri Besar sedangkan dia Timbalan Presiden PKR?
Kenapa selepas Pilihan Raya Umum 2013, puak - puak Pakatan Haramjadah tu masih jugak nak mencalonkan Khalid Ibrahim yang hanya sekadar Ahli Jawatankuasa yang dilantik?
Maka, pencalonan Si Wan Azizah tu atas dasar Hieraki dan jawatan dia lebih tinggi dari orang lain memang satu alasan yang tak masuk akal. Tinggal lagi, perkara tu tak jadi satu perkara yang menghairankan. Puak - puak PKR ni bukannya jenis orang yang ada akal pun!!!
Bila mulut celupar orang akan menyampah.
BalasPadamAnuwar, lu bukan tuhan.