Khamis, Ogos 28, 2014


Heh! Komen yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor ni merupakan satu komen yang berani dan mampu membuatkan Si Ketua Penipu tu terkedu.

Jika semalam, Setiausaha Agung PAS tu kata mereka tetap akan menamakan tiga orang calon bagi menggantikan Menteri Besar di Selangor tu.

Namun dalam kenyataan tersebut tidak dinyatakan pulak siapa calon yang akan dihantar oleh PAS untuk mengisi jawatan yang bakal ditinggalkan oleh Si Khalid Ibrahim tu.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Selangor tu juga tidak menolak kemungkinan nama Wan Azizah tidak tersenarai dalam pencalonan yang akan dihantar oleh PAS.

Dia juga turut menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS itu juga bukan satu keputusan yang sudah dimuktamadkan.

Sebaliknya dia kata penentuan calon sebenar bagi jawatan itu akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada Istana Selangor.
"Kita lihat apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan PAS Pusat sendiri.
"Namun demikian, pihak saya (PAS Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu...kita serahkan saja pada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Namun apabila ditanya sama ada nama Wan Azizah turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang PAS Pusat, dia enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS itu sengaja nak buat Si Ketua Penipu tu panas punggung dan jadi tak tentu arah.

Dalam erti kata lainya, jangan Si Ketua Penipu tu ingat dia sorang je boleh main taktik kotor untuk ugut orang tak tentu pasal. Orang lain pun boleh buat benda yang sama. Jangan nanti, dia pulak yang kena "Main" dengan orang lain sudah la!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping