Ahad, Ogos 31, 2014


Dewan Ulama PAS Selangor hari ini meluluskan usul mengecam dan mengutuk tindakan dua ADUN parti itu berikutan tindakan kedua-dua mereka yang 'mendahului' pendirian parti berhubung krisis jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua wakil rakyat PAS itu sebelum ini bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu tanpa merujuk kepada parti terlebih dahulu.

Menurut kenyataan Dewan Ulama PAS Selangor, usul mengecam dan mengutuk tindakan Saari dan Hasnul telah dipersetujui pada muktamarnya yang berlangsung di Dewan Al-Munirah, Klang, hari ini.
"(Tindakan lanjut) diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas ADUN berkenaan mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," jelas kenyataan itu.
Baru-baru ini, Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar dalam satu sidang akhbar bersama Pakatan Rakyat.

Tindakan kedua mereka itu menyaksikan Wan Azizah memperoleh sokongan daripada 30 ADUN lain bagi membolehkannya dilantik menggantikan Khalid. 

Dalam pada itu juga, baki 13 ADUN PAS yang lain pula berkemungkinan tidak akan menandatangani akuan tersebut setelah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Sementara itu, beberapa pimpinan tertinggi PAS Selangor dalam kenyataan mereka sebelum ini berkata akan menyerahkan kepada PAS Pusat dalam menentukan keputusan mengenai calon menteri besar negeri itu.

PS: Asyik kecam je kerjanya, bila masa diorang nak pecat dua orang ADUN tu? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. 2 ekor bewak dlm PAS
    Lg mau simpan kaaa..

    Tgk abg blogger bewak ni
    Kah kah kah

    I'm tailing u bro bewak hitam !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping