Heh! Dalam keadaan sedar atau pun tidak, Exco Negeri Selangor merangkap ADUN dari PAS ni telah membuktikan bahawa Ketua Pemuda PAS tu kuat menipu.
Jika sebelum ini, Si Ketua Pemuda PAS Pusat kata, nama Si Azmin timbul dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selepas Hadi Awang jumpa dengan Sultan.
Kononnya kata dia, persetujuan itu dicapai selepas Hadi Awang datang mengadap tuanku Sultan sebagai alternatif untuk menggantikan Si Khalid Ibrahim tu.
Namun kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Pemuda PAS tu telah dinafikan oleh Exco Selangor ni dalam satu kenyataan media pada hari ini.
Katanya, nama Si Azmin tu tak pernah timbul pun sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Sebaliknya, ia hanya dicadangkan dalam mesyuarat tersebut.
"Nama beliau (Azmin) tidak disebut dalam pertemuan itu. Nama Azmin hanya timbul dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad (17 Ogos) lalu," kata beliau ketika ditemui di lobi Bangunan SUK hari ini.
Nah!!! Sekarang ni mana satu yang betul? Adakah Si Ketua Pemuda PAS tu yang bercakap benar atau dia juga hanya seorang Penipu dan juga seorang Pendusta?
Apa yang dia dapat dengan menipu rakyat secara terang - terangan sedemikian rupa? Kalau setakat memalukan diri sendiri, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je.
Tapi jika benar Si Ketua Pemuda PAS tu menipu, ianya bukan la satu perkara yang menghairankan kita sebenarnya. Sebab puak - puak Parti Angguk Saja ni dah bergelumang dengan puak - puak Penipu. Jadi, tak pelik kalau dia pun ikut suka menipu jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.