Jumaat, Ogos 22, 2014


Apakah tidak benar apa yang telah dinyatakan sebelum ini? Adakah andaian yang dibuat hanya sekadar andaian kosong yang tidak mempunyai asas?

Sebelum ini, SH sudah nyatakan bahawa perancangan Si Ketua Penipu tu dalam isu berkaitan kerusi Menteri Besar Selangor lebih jahat dari apa yang kita ketahui.

Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu bukan merancang untuk menobatkan Si Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Jauh sekali dia berhajat nak menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB.

Sebaliknya Si Ketua Penipu tu ada satu perancangan yang lebih buruk dari itu. Hasrat dia adalah untuk membangkitkan rasa tak puas hati dikalangan rakyat.

Ketika ini, sentimen kebencian terhadap institusi sistem Raja - Raja Melayu sedang disebar-luaskan secara subversif. Ianya dilakukan tanpa kita sedari.

Hasrat Si Ketua Penipu tu adalah untuk membuatkan rakyat mempersoalkan kedudukan Raja - Raja Melayu dan kuasa mutlak yang mereka miliki. (KLIK SINI)

Lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Samad tu pun cukup la. Tengok macam mana caranya dia bersikap biadap terhadap Sultan secara terang - terangan.

Sebelum ini, Si Khalid Samad tu telah pun ditegur oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor terhadap tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu sendiri.

Khalid Samad secara terbuka mempersoalkan kuasa eksekutif yang miliki oleh MAIS dalam memelihara kesucian agama dan umat Islam di Negeri Selangor.

Sekarang, dia mempersoalkan pulak kuasa mutlak yang dimiliki oleh Tuanku Sultan dalam memilih Menteri Besar bagi mentadbir Negeri dibawah jajahan baginda.

Tidakkah itu semua menjadi bukti yang kukuh bahawa Si Ketua Penipu tu sedang merencana gerakan untuk memansuhkan institusi Raja - Raja Melayu?

Maka sebab itulah Si Ketua Penipu tu kekal dan tetap bertegas untuk mencalonkan isterinya sebagai calon tunggal bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim tu sebagai MB.

Perencanaan itu yang cuba dihalang dan disekat oleh PAS. Namun, disebabkan dalam PAS hari ini ada manusia MUNAFIK dan suka bermuka - muka, maka tak dapat la ianya dilaksanakan. Nak pulak bila PAS sendiri pun dibutakan dengan Kuasa!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Hati2 khalid samad mmg BARUAH pkr. Agen Anwar.

    BalasPadam
  2. Mengapalah undang2 ISA tu dibatalkan? Lihat apa dah jadi raayat dah tak hormat lagi kpd pemimpin sensitif agama bangsa tak dipedulikan kacau negara macam ni.

    BalasPadam
  3. Ckp mcm tu dah kate x hrmat sultan. yg umno lucut tahap kekebalan raja dulu tu x kene ISA pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg lucut dulu 2 sbb kebal sgt, dan berpada pon tindakan 2, kalau skrg ni nk lucut lg, tinggal apa lg kuasa raja? termansuhla sistem raja yg jd benteng umat melayu skrg ni.. xperlu nak halalkan tindakan skrg dgn gunakan hujah masa lalu.. realiti stiap keadaan xsama

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping