Khamis, Ogos 07, 2014


Ahli Parlimen PAS diberikan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf berhubung kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau berdepan tindakan undang-undang.

Lim berkata beliau terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan oleh ahli Majlis Syura PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mengenai kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang dan penganugerahan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
“Nasrudin mempersoalkan mengapa saya tidak dikritik dalam Pakatan Rakyat seperti mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikritik berhubung isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) apabila saya juga telah menggunakan rundingan terus untuk menganugerahkan projek terowong RM4.63 bilion di bawah dasar laut untuk Construction Zenith BUCG Bhd.

“Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa komen awam berhubung KIDEX atau anugerah rundingan secara terus.

“Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam permainan politik Nasrudin yang menyokong KIDEX tetapi membuat bantahan ini kerana pembohongan oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat ini yang dengan teruk mencemarkan maruah saya dan kedudukan kerajaan negeri,” kata Lim pada sidang akhbar di pejabatnya di di Komtar, Khamis.
Lim mendakwa Nasrudin telah berbohong dengan menyatakan bahawa projek terowong dasar laut telah dianugerahkan melalui tender terbuka dengan kos RM3.6 bilion, bukan melalui rundingan terus bernilai RM4.63 bilion.
“Saya tiada pilihan melainkan melayan dia seperti lawan Barisan Nasional, dengan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasrudin yang menyebarkan fitnah secara terang-terangan terhadap saya dan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Lim.
PS: Heh! Realitinya, Si Guan Eng ni dah tersongeh sendirian. Dia sebenarnya terasa dengan komen pedas yang diberikan oleh Si Nasa Tantawi tu.

Komen Si Nasa tu sebelum ni bukannya dituju kepada dia. Sebaliknya, komen tu dibuat untuk menyindir pemimpin lain dalam Pakatan.

Si Nasa tu terang - terang sebut, pemimpin lain dalam Pakatan Haramjadah tu tak berani nak tegur Guan Eng seperti mana diorang mengecam tindakan yang dilakukan terhadap Khalid Ibrahim.

Jadi, usah la Si Guan Eng ni nak terasa yang diri dia Maksum sangat sampai tahap tak boleh ditegur. Kalau dia seorang yang berintegriti, kenapa pulak dia nak menggelupor tak tentu arah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. labun je la si tokong ni. 24 jam dari pukul berapa, tarikh bila?? Tahun depan pun 24 jam jugak....

    BalasPadam
  2. Itu bahayanya PR. Mereka tidak mempraktik apa yang mereka laung. LGE dan Anwar sama sama. You ulang, I saman.

    Kalau mereka pegang putrajaya jawabnya jahanam kita semua kerana mereka kuku besi. BAIK INGAT SEBELUM TERKENA. DAH TERKENA TIADA UBATNYA.

    BalasPadam
  3. Hanya org bodoh dan bengong pilih org giler kuasa utk perintah negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping