Jumaat, Ogos 22, 2014


Kalau semalam, Exco Selangor yang juga merupakan ADUN PAS telah tampil menafikan dakwaan yang dibuat oleh Si Ketua Pemuda PAS Pusat tu. (KLIK SINI)

Ianya berkaitan dakwaan kononnya Hadi Awang mendapat arahan dari pihak istana supaya mencalonkan nama Azmin Ali sebagai calon alternatif menggantikan Khalid Ibrahim.

Kali ini, giliran Si Hadi Awang tu sendiri memaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Si Ketua Pemuda PAS Pusat tu adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan penafian yang dibuat oleh Si Hadi Awang tu dinyatakan oleh Setiausaha Politik Hadi Awang sendiri terhadap penulisan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat tu.
"Pihak kami ingin menjelaskan bahawa Hadi memohon mengadap sultan pada Hari Raya keempat sempena Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan dari Tuanku mengenai isu menteri besar Selangor," katanya.  
"Maklumat yang tidak tepat ini dipetik media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan mengundang kekeliruan," katanya.
Namun dalam kenyataan yang berbeza, Si Ketua Pemuda PAS Pusat tu menafikan dakwaan bahawa dia keluarkan kenyataan tersebut dan ianya telah disalah tafsir.
"Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan pihak Istana Selangor  menamakan atau memberi isyarat nama Azmin sebagai calon menteri besar Selangor.
"Justeru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut. Semoga penyataan ini akan membetulkan sebarang kekeliruan yang mungkin telah berlaku," katanya.
Heh! Apa lagi yang boleh Si Ketua Pemuda PAS tu buat selepas dia kantoi menipu secara terang - terangan selain dari menafikan perkara tersebut.

Soalnya, jika pihak yang keluar rencana tu dah salah tafsir, kenapa dia tak ambik tindakan? Saman la pihak yang keluarkan rencana tu. Setakat buat penafian je tak mendatangkan faedah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ni ketua pemuda PAS, budak2 blh la hampa nak bohong. Pejuang Islam konon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping