Bertempat dihadapan bangunan Wisma Pahang, turut diadakan Majlis Bertafakur bagi menghormati jenazah mangsa pesawat MH17 yang dibawa pulang hari ini.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Pahang, anggota Exco Kerajaan Negeri, Ketua - Ketua Jabatan serta kakitangan perkhidmatan awam.
Majlis selama setengah jam itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diiringi dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Kadhi Daerah Kuantan.
Biarpun dalam keadaan panas terik, namun ianya tidak menghalang para pegawai bagi jabatan perkhidmatan awam berkumpul dan bersama - sama berdoa semoga roh mereka yang terlibat dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. Al-Fatihah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.