Tolong la sesangat. Jangan la sesapa pergi retweet dan hantar artikel ni kepada Si Wan Azizah tu. Jangan la bagi dia baca artikel dibawah ni sampai habis.
Bukan apa. Takut nanti ada pulak orang yang dia akan saman. Risau jugak orang yang keluarkan artikel ni diambil tindakan yang tak sepatutnya.
Dan yang paling SH risau ialah takut Si Wan Azizah tu terpaksa tidur luar rumah bila dia berbicara mengenai isu yang dibangkitkan dibawah dengan suami dia.
Mau suami dia meroyan tak tentu arah. Tapi, kalau itu berlaku pun apa boleh buat. Terpaksa la kita redha dengannya. Lagi pun Si Suami Wan Azizah ni bukan peduli sangat pasal hukum - hukum Islam ni. Tu pasal la dia suka "Main Belakang"!!!
SEREMBAN – Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berpendapat, wanita tidak sesuai menjadi pemimpin, sekiranya masih ada lelaki untuk memimpin.
Malah katanya, dalam Islam sendiri tidak menggalakkan golongan wanita menjadi pemimpin kerana tidak sesuai.
“Seorang wanita tidak digalakkan menjadi pemimpin, sekiranya masih terdapat golongan lelaki dalam kalangan mereka.
“Lelaki diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai umat untuk memimpin, dan biarlah golongan Adam ini sahaja yang memimpin dan melindungi. Adalah tidak sesuai jika pemimpin terdiri daripada kalangan golongan Hawa, sedangkan masih ada ramai lagi lelaki yang boleh dilantik sebagai ketua.
“Bagaimanapun, wanita juga boleh dijadikan ketua, namun itu melihat pula kepada situasi yang tertentu,” katanya.
Menurutnya, walaupun seseorang wanita itu dilihat layak menjadi pemimpin, namun ia masih tidak sesuai, berikutan terdapatnya had yang mungkin tidak boleh diikuti dari segi syarak.
“Mungkin ada beberapa perkara yang akan membataskan pergerakannya sebagai pemimpin, malah kita khuatir akan timbul fitnah yang boleh menjatuhkan maruahnya.
“Oleh sebab itu, wanita dinasihatkan supaya tidak dilantik menjadi pemimpin demi menjaga kesucian dan kehormatan mereka,” katanya.
Rasanya semua rakyat Selangor pompuan kot tu sebab WAWI layak jadi MB untuk memimpin selangorian ni..
BalasPadamUlamak pas membenarkan kau tak ngaji ke semut
BalasPadamItu bukannya ULARMAK tetapi ULAR PAKAI TOCENG.
BalasPadam