Jumaat, Ogos 22, 2014


Ekoran pengakuan terbuka yang dibuat semalam, anak kepada Anwar Ibrahim itu didesak oleh rakyat agar melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen. (KLIK SINI)

Ianya bagi membuktikan yang Si Nurul Izzah tu mempunyai integriti dalam memegang amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat yang diwakilinya.

Mana mungkin rakyat diperingkat bawahan mahu diri mereka diwakili oleh seorang yang kuat menabur fitnah terhadap orang lain demi kepentingan dirinya sendiri?

Ianya merupakan satu tindakan yang cukup memalukan bagi mana - mana pihak diperingkat bawahan mempunyai pemimpin yang tak bertanggungjawab seperti dia.

"Sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional, sudah tentu desakan yang sama juga akan dilakukan oleh puak - puak Pakatan," jelas seorang sahabat.

Malah ada juga yang beranggapan tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu meminta maaf secara terbuka masih tidak memadai dengan apa yang telah dilakukan.

"Setakat mintak maaf, sapa - sapa pun boleh buat. Sewajarnya, Nurul Izzah tu dikenakan tindakan yang lebih tegas kerana memburukkan status seorang Ahli Parlimen."

Tambah memalukan ialah apabila fitnah yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu dipercayai oleh golongan Elitis sekitar Bangsar, didalam kawasan Parlimen Lembah Pantai itu sendiri.

"Nurul Izzah menang dikalangan puak - puak Elitis yang duduk di Bangsar. Penduduk dikawasan rumah pangsa dah berusaha menolak Si Nurul Izzah tu.

Tapi malangnya, golongan elitis Bangsar tu masih juga percaya dengan fitnah yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah sehingga menyebabkan Raja Nong Chik tewas."

IRONIKnya, dalam isu berkaitan dengan tuntutan fasakh terhadap suaminya sebelum ini, Si Nurul Izzah tu merayu supaya orang luar tak masuk campur urusan keluarganya.

Tapi, dalam isu berkaitan dengan Raja Nong Chik, Si Nurul Izzah tu tak de pulak fikir pasal nama baik serta maruah keluarga Bekas Menteri Wilayah tu sendiri.

Jadi, apa gunanya Si Nurul Izzah tu nak dakwa orang lain tak de "INTEGRITI" sedangkan dalam masa yang sama dia sendiri pun tak tau nak hormat orang lain? 

Apa yang jelas, Si Nurul Izzah tu sendiri tidak mempunyai "INTEGRITI". Kalau dia seorang yang ada sifat tersebut, sudah tentu dia akan letak jawatan. Tapi, apa nak heran ye tak. Kalau dah Bapak dia kuat MENIPU, dia pun apa kurangnya? Sama je Penipunya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. dan buat salah nak mohon maaf ingat senang, kalau aku jadi Raja Nong Chik tak ingin aku memaafkan mereka, teruska saman mereka, ajar mereka sikit biar orang semua tahu siapa mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping