PAS tetap dengan keputusannya sebelum ini untuk menghantar lebih daripada satu nama untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Selangor.
Kata Setiausaha Agung PAS, mereka tetap terikat dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan dua nama.
Pendirian parti itu yang mahu menamakan juga calon selain Presiden PKR Wan Azizah sememangnya satu fakta yang sudah diketahui umum.
"Pendirian PAS untuk beri lebih satu nama itu merupakan fakta yang sememangnya sudah diketahui umum," katanya kepada media.
Reaksi Setiausaha Agung PAS itu secara tidak langsung menidakkan hasrat agar mereka kekal dengan keputusan dicapai PKR dan DAP sebelum ini.
Mengulas mengenai pekara itu, Pak Mus berkata keputusan untuk tetap dengan satu nama atau lebih bergantung kepada parti masing - masing.
Tidak kira sama ada PAS, PKR atau DAP, semua mempunyai hak memberi nama calon yang mereka kehendaki. Penyerahan nama dibuat mengikut parti, bukannya disekalikan.
"Itu hak dia (PKR) nak hantar nama siapa pun. Itu hak DAP pun nak letak siapa sebab masing-masing parti menerima surat berasingan dan untuk dihantar kepada pihak istana. Itu hak masing-masinglah," katanya.
Selain itu, Pak Mus juga memberitahu PAS masih belum memilih calon lain bagi jawatan menteri besar kerana masih belum menerima surat rasmi daripada pihak istana.
Dia juga turut mendakwa berdasarkan titah Sultan semalam, setiap parti, PAS , PKR dan PAS perlu mengemukakan lebih daripada dua nama calon.
"Maknanya setiap parti boleh mencadangkan tidak kurang daripada dua nama calon dimana calon itu nama sama atau lain. Ia bukan bermaksud dua nama sedia ada kemudian tambah lagi empat sebab itu kami masih tunggu surat daripada istana," katanya.
Jadi, jangan la Si Ketua Penipu tu dan puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak meroyan bila ada orang hantar nama lain selain dari nama Si Wan Azizah tu. Nama pun diorang nak memperjuangkan demokrasi. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!
Dear Mr StoPaNder Putih XXXL
BalasPadamBelow are proposed 10 names to be submitted:
1. YB Datin Seri Dr Wan Azizah
2. Datin Seri Dr Wan Azizah
3. Dr Wan Azizah
4. Wan Azizah
5. Nenek Ajijah
6. Kak Wan Jijah
7.Jijah
8. Bini@Isteri Anuar
9. Emak Nurul Izzah
10. Ooh Ajijah....
Kalau Pas benar-benar bijak dan berani menentang kehendak Anwar Ibrahim mereka akan calonkan tiga nama. Dua dari PKR dan satu nama dari Pas.
BalasPadamApabila Tuanku tolak nama Wan Azizah - yg mana Pas memang dah pasti, maka cuma tinggal dua nama untuk dipilih oleh Sultan.
Kalau Sultan tak perkenan calon PKR, maka tinggallah nama calon Pas sahaja yg diterima.
Dari segi strategi politiknya akan nampak Pas bijak. Tapi kebijaksanaan itu tidak akan terserlah kalau pemimpin Pas tak punya keberanian.
Kalau dah tak berani berenti ler berpolitik.
PAS membiarkan si luncai terjun dengan labunya.
BalasPadam