Isnin, Ogos 25, 2014


Dengan keputusan yang dibuat oleh PAS hari ini, maka tak salah sekiranya ada pihak dikalangan rakyat menganggap ianya keputusan untuk selamatkan diri sendiri.

Apa yang pasti, PAS dilihat tidak mahu bersekongkol dengan agenda yang direncanakan oleh puak - puak PKR dan DAPigs bagi menentukan isu kedudukan Menteri Besar di Selangor.

Hal itu dapat dilihat dengan jelas apabila keputusan mesyuarat PAS hari ini menyatakan bahawa mereka tetap akan menyerahkan keputusan kepada pihak istana.
"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor," katanya pada sidang medianya, sebentar tadi.
Dan, dalam masa yang sama, PAS masih lagi melarang ADUN - ADUNnya bertindak sebarangan dan menyokong cadangan yang dibuat oleh PKR sebelum ini.

PAS dalam kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agungnya dengan tegas menghalang 13 orang ADUNnya menandatangani surat akuan sumpah yang disediakan oleh PKR.

Surat akuan tersebut diantara lain menyebut mengenai sokongan mereka terhadap pencalonan Si Wan Azizah bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Keputusan yang dibuat oleh PAS hari ini jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu sebelum ini.

Kata Si Ketua Penipu tu, biar apa pun keputusan mesyuarat PAS hari ini, dikalangan puak - puak Pakatan tu dah mencapai konsensus untuk mencalonkan Wan Azizah.

Apa yang nyata, Si Ketua Penipu tu hanya sekadar memutar belitkan keputusan yang dibuat oleh PAS. PAS pada dasarnya TIDAK SETUJU nama Wan Azizah sahaja dicalonkan.

SEBALIKNYA, PAS secara terbuka turut mencalonkan nama Azmin Ali sebagai pengganti Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar Selangor tu.

Maka, sudah terbukti bahawa Si Ketua Penipu tu cuba untuk memutar belitkan keputusan yang telah dibuat oleh PAS untuk mengaburi mata rakyat. Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah nama pun Si Ketua Penipu. Jadi, MENIPU tu juga la yang dia tau buat!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. PAS ni dah macam2 ...........buat 'U-turn' banyak kali sampai tergolek

    BalasPadam
  2. Pas kaki u turn & pkr pula kaki putar belit kemudian dap kaki ugut memang padan sangat....!

    BalasPadam
  3. petang ni ada U TURN terkini dari PAS

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping