Isnin, Ogos 25, 2014

Rentetan dari pendedahan yang dibuat sebelum ini berkaitan dengan agenda subversif yang direncanakan oleh Si Ketua Penipu tu, ini satu lagi bukti yang berkaitan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Si Ketua Penipu tu semalam, dia sendiri mengakui bahawa Si Khalid Ibrahim tu seorang yang jujur, amanah dan telus.

Namun, Si Ketua Penipu tu menyatakan bahawa ianya bukan isu berkaitan dengan tuntutan terhadap kerusi Menteri Besar Selangor tu. Sebaliknya, ianya mengenai perjuangan.

Jelas Si Ketua Penipu tu, Khalid hanya diminta untuk memahami dasar perjuangan parti dan mendahulukan agenda parti. Maka sebab itu Si Khalid tu perlu tunduk.
“Bukan jawatan yang dituntut. Saya tahu Abdul Khalid seorang yang jujur, amanah, berjimat dan telus, tetapi sebagai seorang ahli parti beliau harus mendengar dan berbincang dengan parti," katanya semasa menyampaikan ucapan amanat di Kongres Nasional PKR ke-10, semalam.
Dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu mengakui yang dia sendiri tidak ada masalah dengan corak pentadbiran yang dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim.

Maka timbul persoalannya disitu. Dasar perjuangan apakah yang dimaksudkan oleh Si Ketua Penipu tu? Apa benda yang dia nak suruh Si Khalid Ibrahim tu tunduk?

Perjuangan apa yang dipinggirkan oleh Si Khalid Ibrahim tu sampai tahap dia melabelkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang tak mempedulikan perjuangan parti?

Sekiranya ianya bukan soal jawatan, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu dan konco - konconya sibuk mendesak Si Khalid Ibrahim tu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar?

Kenapa pulak Si Ketua Penipu tu dan PKR khususnya sibuk nak mencalonkan nama Si Wan Azizah tu sebagai calon tunggal yang diangkat untuk menggantikan Si Khalid Ibrahim?

Jika betul Si Khalid Ibrahim tu menjalankan tugasnya dengan jujur, amanah dan telus, maka sebab apa pulak dia perlu didesak untuk meletakkan jawatan tanpa sebab?

Sewajarnya, semua persoalan itu yang perlu dijelaskan oleh Si Ketua Penipu tu kepada rakyat diperingkat bawahan. Sekali sekala, cuba la dia belajar berterus terang dengan orang. Jangan la asyik nak "Main Belakang" je kerjanya!!! - seterusnya...
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ketua penipu sudah takut Khalid Ibrahim nak bubar dun. Itu sebabnya bercakap sudah lain bunyinya.

    BalasPadam
  2. Beliau ni,memang kianat suka cipta masaalah menyusahkan Sultan dn raayat aje, perjuangan balas dendam dgn UMMO dn nak menjahanamkan negara itu saje.Dia lupa bahawa ALLAH lebeh berkuasa jika ALLAH tidak izinkan tak mngkin niat yg jahat tu akan berlaku.

    BalasPadam
  3. Dah buang keahlian Khalid kini pandai pulak kata si Khalid ini serba sempurna. Awas Khalid tipu tetap tipu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping