Heh! Sama ada secara sengaja atau tidak, teori yang dibuat sebelum ini sudah menampakkan Kebenaran bila beberapa perkara dapat dihubungkaitkan antara satu dengan yang lain.
Sebelum ini, ada pihak mendedahkan agenda Si Ketua Penipu tu mahu mencalonkan nama isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor mempunyai tujuan tersembunyi.
Kemungkinan besar hasrat Si Ketua Penipu tu adalah untuk mencabar kedudukan kuasa serta mempertikaikan institusi Raja - Raja secara subversif. (Klik Sini)
Dan dalam pada masa yang sama, Si Khalid Samad tu juga secara tak sengaja membangkitkan isu berkaitan dengan keluhan Netizen berkaitan isu tersebut.
Kata Si Khalid Samad tu, majoriti pengguna Internet (Netizen) turut mempertikaikan kuasa eksekutif Sultan bagi menentukan kedudukan MB. (Klik Sini)
Namun dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu tidak pula diberikan rujukan mengenai pandangan yang diberikan. Dia tak bagi pun statistik yang berkaitan.
Walaubagaimana pun, dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu semalam menguatkan lagi spekulasi mengenai agenda subversif yang direncana olehnya.
Dalam kenyataan media yang dilaporkan semalam, Si Ketua Penipu tu kata PKR tetap akan menghantar satu nama sahaja kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan.
Tetapi sekiranya perkara itu ditolak, maka puak - puak Pakatan Haramjadah tu sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang - undang yang berkaitan.
Kenyataan Si Ketua Penipu tu dibuat selepas dia disoal mengenai isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sebelum ini.
“Kita cuma bincang langkah seterusnya yang harus diambil dan implikasi undang-undang dalam proses ini, setelah kita mempersembahkannya kepada Tuanku,” katanya.
Nah!!! Sekarang kemungkinan Si Ketua Penipu tu sedang merancang agenda subversif untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap institusi Raja - Raja Melayu memang wujud.
Jika tidak, kenapa pulak dia merancang untuk mengambil tindakan undang - undang sekiranya istana menolak cadangan yang dibuat untuk menaikkan nama Si Wan Azizah tu?
Persoalannya, bukan diorang tak boleh nak gantikan dengan nama orang lain yang dilihat lebih layak berbanding Si Wan Azizah untuk mentadbir Negeri Selangor.
Tetapi, disebabkan Si Ketua Penipu tu ada agenda tersembunyi, maka sebab itu dia tetap jugak berkeras nak isteri dia gantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Kesimpulannya, Si Ketua Penipu tu bukannya merancang untuk selesaikan kemelut kepimpinan yang melanda Selangor tu sangat. Sebaliknya dia tengah merancang untuk menjahanamkan sistem Raja - Raja Melayu yang ada di Malaysia!!!
Institusi raja melayu adalah salah satu nadi kekuatan UMNO/BN @ Melayu-Ahli Sunnah wal Jamaah.
BalasPadamwalaupun pada mrk banyak kefasikan berlaku, itu lebih ringan dibandingkan pada PR yang membawa virus munafik-musyrik dan menjadi nadi Evangelist-Kiasu-Syiah-Islam Liberal-LGBT
selagi institusi raja melayu berdiri kukuh, selagi itu UMNO/BN tidak akan tumbang...selagi itu jugalah kekuatan Melayu-Islam Ahli Sunnah wal Jamaah akan terus bertahan.
teori subversif melemahkan raja melayu yg dinyatakan tuan blogger itu tidak mustahil ada benarnya. musuh-musuh negara-agama ini sekarang tengah menumpukan kekuatan menggunakan serampang banyak mata dengan krisis MB selangor.
Memang benar mari kita solat hajat, berdoa supaya Allah menyelamatkan mMalaysia dari agenda 2 yg jahat dari makhlok perosak supaya agama dn bangsa Melayu di rahmati ALLAH subhanawataala.Amin.
PadamAgenda yg sgt merbahaya, jgn dibiarkan penghianat agama, bangsa dn negara diperkotak -katikkan SI munafik ni, berapa susahnya org2 terdahulu membebaskan negara dari penjajah, kini..... Manusia yg tidak gunakan akal dn hanya mementigkan hawa nafsu dan bercita-cita besar.yg tidak kesampaian.Wahai Anuar cukuplah apa yg telah kamu lakukan terhadap bangsa agama dan negara yg tercinta ini.
BalasPadamISA DITARIK BALIK.... SELESAI ....
PadamPengkhianat apa hukum nya ? Kerajaan masih tutup mata pekakkan telinga? Ada lunas undang-undang nya...
BalasPadamAda undang2 lagi ke. Akta hasutan pun dah nak buang ke laut
BalasPadam