Heh! Pelikkan? Ramai jugak yang masih meragui sejauh mana keikhlasan PAS dalam isu berkaitan dengan kedudukan kerusi Menteri Besar di Selangor tu.
Biarpun sebelum ini Presiden PAS, Hadi Awang menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi secara terbuka terhadap Si Khalid Ibrahim tu, tapi masih ramai lagi yang skeptikal.
Ada yang berpendapat PAS hanya bermain wayang dengan menyatakan sokong seperti itu terhadap Khalid bagi mengelakkan diri dari terjebak dalam perangkap PAS.
Tak kurang juga yang menganggap pendirian Hadi Awang tu hanya sekadar pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian parti biarpun dia Presiden PAS.
Pelbagai lagi spekulasi mula berkumandang apabila PAS dilihat sengaja melengah - lengahkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa pusatnya dari sehari sehari.
Mesyuarat yang sepatutnya berlansung hari esok telah ditunda sebanyak dua kali. Mulanya nak ditunda ke 13 Ogos. Sekarang dianjak pula hingga ke 17 Ogos.
Persoalannya, kenapa PAS masih lagi mahu menangguhkan mesyuarat jawatankuasa pusatnya bagi membincangkan isu kedudukan Menteri Besar di Selangor tu?
Tidakkah mereka melihat konflik tersebut sebagai satu isu yang penting dan memerlukan penyelesaian dengan segera bagi menamatkan kemelut yang melanda pada ketika ini?
Saranan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Pusat sebelum ini lansung tidak diendahkan sedangkan saranan tersebut perlu diberi perhatian yang khusus.
Hakikatnya, PAS perlu mengadakan mesyuarat dalam masa yang terdekat bagi menamatkan isu kemelut kepimpinan yang semakin kronik pada waktu ini. Tak payah la diorang pun nak terjun dalam lobang taik yang dikorek oleh puak - puak PKR tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.