Khamis, Ogos 28, 2014


Heh! Tak semena - mena Si Milo Basi tu pulak yang jadi menggelupor tak tentu arah bila tuan dia kantoi menipu dalam kenyataan media yang dibuat sebelum ini.

Jika semalam, PKR dan DAPigs memberikan alasan kononnya mereka hanya akan hantar satu nama saja sebagai calon MB Selangor kerana itu yang dilakukan sebelum ini.

Malah Si Ketua Penipu tu juga turut menyatakan perkara yang sama apabila ditanya oleh pihak media mengenai alasan kenapa hanya nama Wan Azizah sahaja yang akan dihantar.

Namun, kenyataan tersebut telah dinafikan oleh Si Khalid Ibrahim tu secara terang - terangan dan mendedahkan bahawa ada nama lain juga turut disertakan.

Khalid dalam kenyataan medianya semalam menjelaskan bahawa DAPigs dan PKR sendiri ada menghantar nama - nama calon yang dirasakan layak untuk menjadi Menteri Besar.

Tapi, pendedahan yang dibuat oleh Si Milo Basi dalam blog dia semalam menyatakan sebaliknya. Malah turut dipaparkan laporan yang disiarkan menerusi portal Sinar Harian.

Pendedahan yang dibuat oleh Si Milo Basi tu bukannya cuba nak membuktikan bahawa Si Khalid Ibrahim tu berbohong. Tetapi Si Milo Basi tu hanya nak bangkitkan persoalan.

Persoalan itu ditinggalkan dipenghujung artikel yang dibuat. Kata dia, ‎"Bila dua pihak keluarkan kenyataan bercanggah, salah satu pastilah pembohong besar".

Soalnya, siapa yang Si Milo Basi tu nak tuduh sebagai pembohong besar? Adakah Si Khalid Ibrahim tu yang dituduh berbohong atau Setiausaha Sulit Sultan Selangor tu sendiri?

Dari satu sudut, nampak gayanya Si Milo Basi tu cuba nak menjatuhkan persoalan tersebut kepada orang lain. Walhal "Tuan" dia sendiri dah buat kesilapan.

Untuk blogger macam Si Milo Basi tu nak buktikan Si Khalid Ibrahim tu menipu bukannya susah. Kerja macam tu dia memang dah biasa buat sebelum ni. Dan pernah kantoi pun.

Bukan ke dia jugak yang keluarkan resit palsu berkaitan dengan resepsi Majlis Pertunangan Anak Datuk Seri Najib sebelum ini dalam blog dia? Tapi kenapa kemudian dia buang?

Tidakkah itu menunjukkan yang Si Milo Basi ni boleh buat perkara seumpama itu untuk memburukkan orang lain? Jadi, kenapa dia tak buat benda yang sama?

Keluarkan la surat rasmi yang ditandatangani oleh PKR, DAPigs serta PAS bagi pencalonan MB yang dibuat pada tahun 2008 dan 2013. Takkan itu pun dia tak mampu nak buat kot? Kalau setakat cakap je, baik tak payah. Semua orang pun boleh bercakap!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping