Alahai! Macam orang kecewa bercinta la pulak bila kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh ni. Baru hari ni ke dia sedar semua benda tu?
Baru sekarang ke dia dapat melihat kecurangan yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin dalam PAS secara terang - terangan? Kesian. Buta hati rupanya dia ni.
Sejak dulu lagi orang dah bagitau pada kepimpinan PAS dan juga mereka yang ada diperingkat bawahan. Tak semua pemimpin PAS ni jiwanya dalam perjuangan.
Tapi, ada dikalangan mereka yang hanya mempergunakan PAS sebagai batu loncatan untuk menaikkan nama dalam kancah Politik Malaysia demi kepentingan peribadi.
Diorang tak nak masuk UMNO sebab diorang menyampah dengan pemimpinnya. Diorang tau, kalau masuk UMNO, diorang tak de ruang dan peluang yang diinginkan.
Begitu jugak kalau diorang masuk PKR. Sudah tentu diorang hanya sekadar jadi ahli biasa dan lansung tak dapat apa - apa keistimewaan sebab bukan kroni Si Ketua Penipu tu.
Nak masuk DAPigs, diorang takut kena maki hamun sebab membelakangkan perjuangan Agama dan Bangsa sendiri. Jadi, pilihan paling mudah, diorang masuk PAS.
Biarpun jiwa diorang berpandangan Liberal, tapi demi nak memenuhi kemahuan serta nafsu Politik yang membara dalam jiwa, diorang jadikan PAS sebagai batu loncatan.
Dan kepimpinan PAS Pusat pulak semuanya buta hati, menerima orang - orang macam ni dalam perjuangan mereka. Penyudahnya, diorang jugak yang menjadi mangsa.
Sekarang, meroyan la Si Nasa Tantawi tu bila ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu membelakangkan ketetapan yang dibuat oleh parti.
Puas la dia bercerita pasal hubungan Tahaluf Siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAPigs. Tapi, apa gunanya dia nak meroyan dalam laman media sosial milik dia sendiri?
Kalau setakat bercakap je tanpa tindakan yang sewajarnya, bukannya mendatangkan faedah. Patutnya, PAS ambik tindakan tegas dengan menyingkirkan Parasit yang masih wujud dalam parti tu. Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.