Hari ini, ramai pihak yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap tindakan PAS untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuanku Sultan Selangor untuk buat keputusan.
Ada pihak yang anggap PAS telah melakukan Pusingan U atau 'U-Turn' sekali lagi dengan pendirian terbaru itu. Ada juga yang anggap PAS suka berdolak dalih.
Malah bagi Si Tony Puaka tu sendiri pun kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh PAS yang disifatkan seolah - olah tidak menghormati parti lain dalam Pakatan.
Bagi Si Tony Puaka tu, sifat berdolak dalih PAS dalam membuat keputusan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor tu tak konsisten.
Sebaliknya, tindakan tersebut dilihat boleh menggugat hubungan kerjasama diantara puak - puak Pakatan Haramjadah tu dimasa akan datang.
"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”
Itu pandangan yang diberikan oleh Si Tony Puaka tu. Hakikatnya, PAS tetap konsisten dengan pendirian yang dilakukan. Cuma orang macam Si Tony Puaka tu je tak boleh terima.
PAS tak pernah menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonan tunggal Wan Azizah. Maka sebab itu PAS tampil dengan membuat cadangan agar nama Azmin juga dicalonkan.
Walaubagaimana pun, pendirian yang dibuat oleh PAS minggu lepas telah sengaja disalah-tafsirkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu untuk mengelirukan rakyat.
Realitinya, PAS mahu dua nama dicalonkan, Wan Azizah dan Azmin Ali untuk dibawa mengadap Tuanku Sultan Selangor. Itu tidak bermakna mereka sokong Wan Azizah.
Namun sehingga hari ini, PKR tidak pernah tampil untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Diorang tak jelaskan sebab kenapa nama Azmin tak boleh disenaraikan.
Dah lebih 10 hari tempoh diberikan, tetapi PKR masih GAGAL untuk menjustifikasikan pencalonan tunggal yang mereka buat terhadap Wan Azizah.
Malah dalam Kongres Tahunan baru - baru ni pun diorang tetap juga tidak menjelaskan KENAPA NAMA AZMIN TAK BOLEH DICALONKAN. Itu persoalannya.
Jadi, usah la orang macam Si Tony Puaka tu nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal menuduh kononnya PAS tak konsisten. Sepatutnya Si Tony Puaka tu tanya PKR soalan seperti diatas. Jangan setakat tau nak jilat Bontot je kerjanya!!!
Tunggu apa lagi? Boleh berambus kau DAP... jangan hanya bersandiwara meminta simpati.... taktik lama yang dah basi!!!
BalasPadamMaster tony pua, aku macai pkr my number ez 27614, awak masih muda tony tak banyak pengalaman.dari sekarang dont waste money and time play foodball mat sabu trap this felo,pity u tony
BalasPadam