Tunggul Kayu Bernyawa... Pening Sokmo Kerja Dia!!! |
Berapa kali nak diulang benda ni? Apa, bongok sangat ke puak - puak PKR tu nak terima hakikat bahawa PAS tak nak seorang Tunggul Kayu jadi Menteri Besar?
Apa benda yang diorang tak faham sedangkan kepimpinan PAS tu semuanya bercakap dalam bahasa Melayu. Ke puak - puak PKR tu dah tak faham bahasa Melayu?
Ke nak orang bercakap bahasa Singapura baru diorang faham? Maklum la, Si Wan Azizah tu kan orang yang dilahirkan di Singapura. Mungkin bahasa Singapura je yang dia faham.
Lagi pun, siapa yang nak Tunggul Kayu macam dia tu jadi Menteri Besar? Nak buat kerja satu hapah pun dia tk tau. Setakat jadi Tunggul Kayu je buat apa?
Bayangkan. Jangan cerita la pasal nak selesaikan masalah rakyat dikawasan DUN Kajang. Nak selesaikan masalah dalam parti sendiri pun dia tak mampu.
Sehingga hari ini, kredibiliti serta kemampuan Si Wan Azizah tu jadi pertikaian kerana dia GAGAL menyelesaikan masalah yang melanda parti dia sendiri.
Konflik kepimpinan dikalangan pemimpin PKR tu sehingga hari ini masih lagi belum dapat diselesaikan dengan baik. Isu berkaitan pemilihan parti pun masih tergantung.
Laporan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan, penyalah gunaan kuasa dikalangan pemimpin dan amalan rasuah yang berleluasa masih dijadikan persoalan.
Namun tidak ada satu pun masalah yang dibangkitkan mampu diselesaikan oleh Si Wan Azizah sebagai seorang Presiden parti. Apa yang dia dah buat?
Sebagai seorang Presiden, apa tindakan yang telah dilakukan untuk selesaikan masalah yang timbul? Setakat goyang kaki dan bagi alasan yang tak masuk akal buat apa?
Itu tindakan yang tak mendatangkan faedah. Bermakna, dalam erti kata lainnya, Si Wan Azizah tu TAK KOMPETEN menjadi seorang pemimpin tertinggi sebuah parti.
Sebaliknya, dia hanya ibarat TUNGGUL KAYU yang boleh digerak ke mana sahaja yang dimahu oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Jadi, apa gunanya nak angkat dia bagi jawatan MB? Kalau setakat nak jadi Tunggul Kayu, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
PAS Selangor lebih berhak menentukan apa yang terbaik untuk Selangor. Keputusan PAS Pusat dibuat oleh mereka yang diluar dari negeri Selangor (yang hanya anggap Selangor tempat cari makan pau duit, gelemer dan keseronokan, lebih malang lagi kawasan sendiri di Kedah, P.Pinang, Trengganu berterabur tak terjaga). Sepatutnya Pesuruhjaya PAS Selangor adalah orang yang paling arif dengan politik PAS, adat istiadat, budaya di Selangor dan tidak dipinggirkan, dipandang sebelah mata macam balaci dreba kereta lembu.
BalasPadamAku umpamakan saperti Pak Mat yang amat arif tentang tanah sebidang itu kerana dia sejak lahir bergelumang dengan lumpur dan onak disitu. Dia tahu pokok apa yang paling sesuai ditanam, baja apa yang amat berkesan untuk subur dan cara apa untuk mendapat hasil tuaian yang baik. Tiba-tiba datang orang asing dari gurun pasir paksa Pak Mat menanam kurma kerana katanya kurma adalah buah paling baik dalam donia. Kalau Pak Mat engkar dia bakal dihalau dari tanah tersebut dan Pak Mat dikatakan orang bodoh piang.
Selangor adalah untuk anak Selangor!!! Orang luar tak layak untuk buat keputusan untuk bumi Selangor waima atas platform politik dan kelangsungan kuasa sekalipun.