Selasa, Ogos 19, 2014


Bekas Exco Selangor Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis terhadap Malaysia Gazette ekoran laporan portal itu yang memfitnahnya sebagai 'lupa diri'. 

Artikel bertajuk "Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR" yang disiarkan pada 18 Ogos adalah dusta, berniat jahat dan mengaibkan beliau, ujar Rodziah. 

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam pada 11:58 pagi ini. 

"Malaysia Gazette dituntut untuk mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepada saya, di laman hadapan portal tersebut, di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini. 

Tuntutan sama dibuat terhadap penulis artikel itu. Rodziah berkata beliau akan meneruskan tindakan undang-undang jika tiada permohonan maaf dibuat. 

Beliau satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP tidak dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau meletakkan jawatan daripada kabinet Khalid Khamis lalu walaupun masih dialu-alukan oleh Menteri Besar Selangor itu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Ini yang PKR katakan kebebasan bersuara....Tang dia orang tak apa...orang lain cakap sikit suruh minta maaf kalau tidak saman....Macam sial puak puak PR ni

    BalasPadam
  2. Nak buat macan mana itu ajelah jalan yang mudah cara dapatkan easy money tak payah nak terpekik sana sini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping