Heh!!! Sebijik macam budak tak cukup umur. Jadi meluat pulak bila menengoknya. Kalau budak kecik merengek, tahan jugak la kita boleh layan.
Ini orang tua - tua merengek tak tentu arah ni, mau nak termuntah dibuatnya. Merengek pulak tak tentu arah. Dalam kongres sendiri jugak yang dia nak merengek.
Dasar orang tak tau malu memang macam tu la perangainya. Bila depan PAS, diorang tunjuk la yang diorang tu baik tak kena tempat. Pijak semut pun tak mati.
Tapi bila dibelakang, habis sampai ke Tok Nenek dimaki hamunnya PAS tu secara terang - terangan. Dituduhnya PAS tak memberikan sebarang komitmen kepada Pakatan.
Itu pun PAS masih lagi nak layan diorang dengan cara yang baik? Masih lagi nak dipeluk dan dicium walaupun dah dilempar dengan taik kena batang hidung? Heran sungguh!!!
Itu rumusan yang dapat dibuat bila kita baca kenyataan yang dibuat oleh wakil PKR Terengganu ni. Memang kalau sekali baca pun kita menyampah.
Nampak sangat yang puak - puak PKR ni jenis manusia yang tak sedar diri. Masih lagi diorang nak anggap diri diorang tu lebih besar pengaruhnya jika nak banding dengan PAS.
Diorang tak tau ke yang selama ini diorang hanya bergantung harap kepada PAS untuk menentang Barisan Nasional? Tanpa PAS, PKR tak membawa sebarang makna.
Kalau tak percaya, cuba suruh PKR buat perhimpunan diorang sendiri. Entah berapa kerat je orang yang akan datang dan turut serta dalam perhimpunan tu.
Kalau tak de PAS, PKR tak relevan. Buktinya cukup jelas. Kita ambik statistik Pilihan Raya Umum pun dah cukup. Berapa banyak sangat kerusi yang dimiliki oleh PKR?
Jadi usah la puak - puak Parti Khianati Rakyat ni nak meroyan tak tentu arah menuduh orang lain benda yang bukan - bukan. Sedar la diri tu sikit. Kalau dah tak de penyokong tu, buat - buat la macam tak de penyokong. Jangan nak berlagak pulak tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.