Heh! Membaca kenyataan media yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu semalam membayangkan bahawa dia memang seorang yang RETORIK dan MUNAFIK.
Kenyataan yang dikemaskinikan dalam sebuah laman portal berita itu memberi petunjuk bahawa Si Ketua Penipu tu sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan Politik.
Termasuk la dengan "Meliwat Ahli Keluarga" dia sendiri dari belakang. Itu kesimpulan mudah yang dapat kita buat terhadap kenyataan media yang dikeluarkan.
Kata Si Ketua Penipu tu, hubungan dia dengan Khalid Ibrahim bukan hanya sekadar pemimpin atau MB. Sebaliknya, Khalid Ibrahim tu dianggap sebagai keluarga dia sendiri.
Namun, demi memenuhi kepentingan Politik peribadinya, Si Ketua Penipu tu rela mengenepikan hubungan "Kekeluargaan" yang disebutnya.
“Hubungan kita dengan Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja pemimpin dan MB. Dia juga sahabat dan juga seperti keluarga saya. Saya tidak mahu pertelingkahan ini berlarutan atau menjadi sengit,” katanya kepada pemberita.
Malah ianya berbeda dengan dasar perjuangan yang sering dilaung - laungkan sebelum ini. Kononnya, kata Si Ketua Penipu tu, PKR berjuang demi rakyat.
Tapi sekarang, tindakan untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor dilihat membelakangi kehendak dan suara rakyat.
Apa yang jelas, sebab musabab yang diberikan oleh PKR untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar bukan sebab dia tak mampu nak jaga Kebajikan Rakyat.
Si Khalid Ibrahim tu didesak untuk melepaskan jawatan dan berundur dari kerusi Menteri Besar atas kehendak pihak - pihak tertentu yang tidak melibatkan kepentingan rakyat.
Bila ditanya sama ada Si Khalid Ibrahim tu ada menganiaya rakyat, meminggirkan serta mengabaikan tanggungjawab menjaga Kebajikan Rakyat, tak de pulak yang berikan jawapan.
Maka memang nampak sangat la yang Si Ketua Penipu tu serta beberapa orang pemimpin dalam PKR tu sendiri yang bernafsu untuk merampas kuasa demi kepentingan mereka sendiri. Bukannya diorang berjuang untuk rakyat sangat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.