Kata dua buat buat Si Ketua Penipu, 'Bubar DUN atau Tukar Calon?' Yang mana satu gamaknya yang akan dipilih oleh Si Ketua Penipu tu?
Adakah dia sanggup membuatkan rakyat menderita dan menghabiskan dana rakyat atau sanggup mengorbankan agenda peribadi untuk mencalonkan olrang lain?
Penganalisis politik menjangkakan beberapa alternatif bakal dikemukakan Si Khalid Ibrahim tu kepada Sultan Selangor dalam pertemuan hari ini.
Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan UiTM berkata, kemungkinan terbesar yang bakal dicadangkan ialah pembubaran DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Saya tidak fikir beliau akan berundur bagaimanapun, jangkaan lain mungkin mencadangkan kepada Sultan untuk meminta nama calon pengganti lain selain dua nama yang dikemukakan sebelum ini.
“Selain itu, alternatif lain ialah Sultan meminta pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam PR menghadap baginda dengan mengadakan perbincangan dari hati ke hati bagi mengelakkan pembubaran Dun berlaku dengan menamakan calon lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, jalan terbaik yang difikirkan ialah menamakan calon lain dari PKR dan sekiranya ia tidak mendapat perkenan nama dari rakan sekutu Pas mungkin akan naik.
“Kalau dari Pas mereka berdepan perbalahan konsensus PR tapi untuk lompat kepada calon gantian Umno itu memang jauh sekalilah,” katanya.
Setelah hampir dua minggu Abdul Khalid mendiamkan diri akhirnya beliau bersuara menyatakan hasratnya menghadap Sultan pada Isnin, 25 Ogos setelah baginda memendekkan percutian di luar negara.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.