Setelah memuatnaik status berkaitan isu wanita dan jawatan menteri besar semalam, AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan terus 'menyerang' bersabit isu nepotisme pula.
Menerusi status Facebook yang dimuatnaik lewat malam tadi, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyentuh tentang isu berkenaan sambil merujuk kepada insiden membabitkan menantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau.
"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. Pas Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?," tulis beliau.
Menulis lanjut, Nasrudin seolah-olah mempersoalkan bagaimana Pas berhadapan isu nepotisme yang sebelum ini juga pernah membelit parti itu.
"... atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain?
"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu. Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini," luah beliau.
Semalam, Nasrudin yang dilihat seolah-olah menyindir Anwar Ibrahim menerusi status Facebooknya berkata, status itu dimuatnaik bukan untuk mencetus kontroversi dengan mana-mana pihak.
Sebaliknya, pandangan dilontarkan dalam laman sosial itu juga untuk memberi penjelasan kepada pihak yang mempertikaikan pandangan ulama sebelum ini berkaitan wanita tidak boleh menjadi pemimpin utama kerajaan atau negeri.
Serang lagi tantawi bagi anwa fedap, mana tahu anwa mengaku kalah dan. Berkata ya lah aku salah, pas ambilah aku bagi jawatan mb selangor kat pas ..tak gitu tantawi.
BalasPadamPas ni main tarik tali ni, ini bukan party u turn.ini party roundabout.cam logo diorang tu.nuar ni pejuang, tkkan menyerah kalah dengan bantuan totok2 pas.berapa kerat je yg berani mencabar nuo.syabas tantawi.berjuanglah demi kebenaran.mungkin sudah ada kesedaran didalam diri pemimpin pas.peliwat tetap peliwat, tk boleh jadi pemimpin
BalasPadam