Huh? Pelikkan. Walaupun apa yang berlaku hari ini adalah seperti apa yang dikhabarkan sebelum ini, tapi keputusannya tak masuk akal. Takkan pulak PAS belot parti sendiri?
Sejak dua menjak yang lalu, khabar angin kuat mengatakan bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru.
Desas - desas mengatakan bahawa PKR Kelantan yang disebelum ini tidak puas hati dengan keputusan pimpinan Pusat dijangka akan letak seorang calon Bebas.
Tetapi apa yang berlaku hari ini memang menghairankan. Selain calon BN dan PAS, calon Bebas yang bertanding merupakan bekas calon yang turut bertanding sebelum ini.
Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini bersedia di pusat penamaan calon bersama dua orang pencadang.
Kenapa ianya jadi "Menghairankan"? Sebab sebelum ini, PKR menuduh PAS menikam mereka dari belakang dengan menurunkan calon Bebas dikawasan mereka bertanding.
Pendedahan yang pernah dibuat oleh seorang wakil PKR Kelantan sebelum ini, dalam PRU yang lalu, PAS menurunkan 5 calon Bebas dikawasan DUN dan 1 dikawasan Parlimen.
Ianya termasuk bagi kawasan DUN Pengakalan Kubor. Dan perkara itu dinyatakan secara terbuka dalam Kongres yang dianjurkan oleh parti itu sebelum ini.
Jadi, kalau itu dakwaan yang dibuat, takkan pulak hari ini PAS hantar calon yang mereka letak sebelum ini untuk menentang calon mereka sendiri? Kan tak masuk akal tu?
Kesimpulannya, dakwaan yang dibuat oleh PKR Kelantan dalam kongres parti itu sebelum ini terhadap PAS adalah tidak benar sama sekali. Ianya hanya merupakan fitnah jahat untuk memburukkan parti itu didepan penyokong - penyokong Si Ketua Penipu!!!
Party bebas tu menyemak aje, memecah belahkan bangsa Melayu lagilah dibuatnya.Bagus ke macam tu??????
BalasPadam