Selasa, September 02, 2014


Siapa sangka, dalam ramai - ramai orang, ada jugak Chinadoll yang tak tahan dengan perangai hodoh yang ditonjolkan Si Ketua Penipu tu sejak akhir - akhir ini.

Kata Felicia Ling, Si Ketua Penipu tu hanya Melayu pada nama sahaja kerana tidak mengenali dan memahami istiadat, undang-undang dan adat resam Melayu.
"Kemelut Menteri Besar Selangor secara tidak langsung telah menampakkan betapa biadapnya seorang bergelar Melayu yang bernama Anwar Ibrahim. Kalau dia hari ini hendak langgar pagar SUK, kita mampu tahan.
"Tapi kali ini kamu hendak langgar pagar istana, kamu telah langgar adat istiadat orang Melayu. Orang Selangor bukan orang biadap macam orang Pulau Pinang yang bernama Anwar Ibrahim," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman.
Himpunan yang berlangsung Sabtu lalu itu turut disertai beberapa buah NGO termasuk Angkatan Rakyat Sedar (ARAS), Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' diadakan bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor.

Felicia menegaskan, rakyat Selangor juga tidak memerlukan calon Menteri Besar seperti Wan Azizah yang sering dilabel sebagai boneka kepada Anwar. 

Beliau juga turut memohon agar Tuanky Sultan Selangor tetap mempertahankan jawatan itu hanya diberikan kepada anak jati Selangor sahaja.
"Saya bantah, saya bangkang. Kalau seorang boneka diletakkan sebagai calon menteri besar. Kita berpolitik bukannya megamalkan sebuah politik yang berlandaskan hanya sebagai boneka.
"Kita memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk mempertahankan anak jati Selangor sebagai menteri besar.
"Selangor mempunyai Sultan dan undang-undang tubuh negeri. Tolong baca dan patuh pada undang-undang terbabit," ujarnya.
Felicia turut mempersoalkan tingkah laku Anwar yang sengaja menunjukkan beliau dan partinya sabar menanti dan menuruti arahan Istana Selangor.

Walhal mereka tetap berpegang pada pendirian mereka enggan menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar walau dititahkan berbuat demikian.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. ramai rakyat selangor kena kencing dgn. anwar. ha ha ha ha

    BalasPadam
  2. Sumbat aje SiAnuar ni ke penjara, dulu sinuk mengatakan pemimpin umno mengamalkan nepotisme, sekarang dia bapa segala bapa nepotisme. Menyusahkan Sultan dn raayat S'langor.

    BalasPadam
  3. Kerana dia seekoq haru jadinya apatah lagi si pengikut yang tak tahu menilai yang mana kaca dan yang mana berlian.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping