Rabu, September 24, 2014

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan 'viral' di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

"Tolong hormat Azwan Ali!," tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tambahnya lagi, situasi itu secara tidak langsung membenarkan perumpamaan 'mengangguk di air yang keruh' sedangkan sebelum ini dia tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa untuk berjaya.

"Semua pihak yang kecoh di alam siber, sebesar hama pun saya tidak hairan. Azwan Ali gah selama 27 tahun bukan kerana pertolongan mana-mana menteri besar," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Azmin, pengacara yang popular dengan tagline 'Ada Aku Kesah???' ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Setiap pendirian saya itu, sudah tentulah ada sebab musababnya. Tolong hormat pendirian saya," katanya lagi.

PS: Heh! Boleh percaya ke Si Azwan ni? Betul ke dia tak heran abang dia jadi Menteri Besar? Jangan nanti dia pulak yang terhegeh - hegeh mintak kerja dengan Si Azmin tu sudah la!!! Setakat bercakap je pandai, baik tak payah!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. BIASA LE BRO................LALANG LEMBUT CAM TU.....KEJAP KE KIRI KEJAP KE KANAN .........TAK HAIRAN PUNYA LAH KALAU STATEMENT SI LEMBUT TUA CAM TU.......

    BalasPadam
  2. Si lembut ni kalau hati terguris mesti menangis keluar air mate dare. Sediakan tisu sebelum hujan. Faekah menanti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping