Rabu, September 17, 2014

PAS didesak supaya mengambil tindakan disiplin terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri mereka kerana bertindak membelakangi parti berhubung krisis politik di Selangor.

Desakan itu disuarakan perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 apabila sebulat suara meluluskan usul agar PAS mengambil tindakan disiplin terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Terdahulu, ketika membentangkan usul berhubung isu berkenaan, perwakilan Selangor, Mohd Shamsudin Amran berkata, kedua-dua-dua Adun itu bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan PAS.

Malah katanya, Saari dan Hasnul juga dengan sengaja mencabar PAS supaya mengambil tindakan terhadap mereka termasuk dipecat.
"Justeru Dewan Ulama PAS mendesak Jawatankuasa Disiplin menjalankan siasatan atas tindak-tanduk pimpinan yang dengan sengaja menyanggahi dan meremehkan keputusan Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya di sini, Rabu.
Pada 14 Ogos lalu, Dr Wan Azizah ketika sidang media di Subang Jaya mengumumkan beliau telah mendapat sokongan majoriti Adun Pakatan di Selangor.

Ianya berlaku apabila dua Adun PAS iaitu Hasnul dan Saari menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sokongan Hasnul dan Saari itu dibuat bersama-sama 15 Adun daripada DAP manakala 13 lagi daripada PKR.

Tindakan Hasnul dan Saari itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Ini rupa dan hasil 'tarbiah' PAS selama ini.
    Bkn PAS xkenai depa tp sbb benci UMNO punya pasal xpe.
    tp skrg syaitan2 ini mula gigit PAS. baru nk hukum?

    ELok lah sbb PAS pun bukan parti org2 baik. PAS lupa ke aksi2 jahiliyyah pemimpin dan macai mereka bila berhimpun spt BERSHIT, Blackout dsbnya.. aksi2 syaitan yg dipamerkan.

    Jd skrg jgnhairanlah syaitan dh mula tunjuk diri.

    Bodo PAS! Parti anutan syaitan!

    BalasPadam
  2. Ini rupa dan hasil 'tarbiah' PAS selama ini.
    Bkn PAS xkenai depa tp sbb benci UMNO punya pasal xpe.
    tp skrg syaitan2 ini mula gigit PAS. baru nk hukum?

    ELok lah sbb PAS pun bukan parti org2 baik. PAS lupa ke aksi2 jahiliyyah pemimpin dan macai mereka bila berhimpun spt BERSHIT, Blackout dsbnya.. aksi2 syaitan yg dipamerkan.

    Jd skrg jgnhairanlah syaitan dh mula tunjuk diri.

    Bodo PAS! Parti anutan syaitan!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping