Huh? Biar betul beb? Adakah ini satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Si Hadi Awang tu atau satu lagi agenda PKR untuk terus memburuk - burukkan Presiden PAS tu?
Jika sebelum ini, PKR sering kali dilihat mendalangi beberapa siri gerakan untuk merosakkan nama baik serta mencalar imej Hadi Awang secara terbuka.
Ianya termasuk la menghalalkan tindakan saman fitnah yang telah difailkan oleh bekas calon PKR terhadap Hadi Awang sebelum ini selain beberapa lagi isu yang berkaitan.
Maka tak mustahil tindakan seperti itu diulangi oleh puak - puak PKR tu untuk terus membuatkan rakyat curiga dengan tindakan PAS sejak kebelakangan ini.
Lagi pun, bab nak buat cerita yang bukan - bukan ni memang satu kepakaran yang menjadi kebiasaan dikalangan pemimpin - pemimpin PKR tu sendiri. Diorang kalau sehari tak Menipu, memang tak sah!!!
PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.
Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.
Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.
Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.
"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.
Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.
Hadi tahu exco yang sedia ada adalah yang paling layak untuk jadi MB baru.
BalasPadam