Ahad, September 07, 2014

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din malam Sabtu mengesahkan kenyataan Presiden PAS bahawa Wan Azizan tidak disokong oleh parti itu menjadi Menteri Besar Selangor kerana masalah kelayakan.

Sambil menegaskan badan tertinggi pembuat keputusan PAS, Majlis Syura menyokong penuh kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Hadi Awang berkaitan Wan Azizah.

Menurutnya, kenyataan Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.

"Itulah penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini. Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentulah dari awal lagi Majlis Syura sokong tanpa sebarang masalah,"katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan program forum perdana anjuran PAS di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3 Bangi.

Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya berucap dalam acara tersebut, namun atas sebab yang tidak diketahui kedua-duanya tidak berucap.

Mengulas lanjut mengenai penolakan terhadap Wan Azizah, kata Harun dalam Islam memanglah bukan gender itu menjadi halangan tetapi kemampuan memikul amanah.

"Islam melihat amanah orang.. dari fizikalnya mampu, berpengalaman dan sejarah latar belakang. Itu dilihat apa yang diputuskan Majlis Syura dan melihat ada orang lain lebih baik daripada Wan Azizah," katanya.

Bagaimanapun, PAS meletakkan pemilihan pada perkenan Sultan Selangor pada akhirnya termasuk jika baginda memilih Wan Azizah.

"Sultan lihat Wan Azizah boleh, dia lantik kalau tidak dia akan ambil orang lain," katanya.

Menurutnya, apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang (krisis pemilihan MB) adalah perkara biasa berlaku dalam mana-mana sistem politik terutama di Malaysia kerana banyak parti bertanding.

"Banyak pihak mahu tempat paling tinggi iaitu MB maka selalu dan acap kali berlaku pertembungan. Pertembungan ini sebenarnya bukanlah dirancang tetapi berlaku kerana keadaan menuntut demikian," kata Haron. #Sumber

PS: Pastikan Si Ketua Penipu tu baca kenyataan media yang dibuat oleh Haron Din ni. Jangan nanti dia kata orang tak bagitau pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping