Isnin, September 15, 2014

#PRKPengkalanKubor - Heh! Herankan? Kenapa parti yang selama ini membanggakan diri mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam jijik dengan gelaran Ustaz?

Adakah hanya kerana calon Barisan Nasional tu merupakan seorang guru yang mengasaskan sebuah Sekolah Pondok membuatkan diorang jijik dengan gelaran tersebut?

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor kata ianya bukan satu isu yang penting.
“Soal calon itu ustaz ataupun tidak bukanlah menjadi ukuran kepada kita, tetapi apa yang penting adalah latar belakang calon itu. Walaupun calon kita juga mempunyai latar belakang agama tetapi kita (PAS) tidak panggil beliau ustaz,” katanya.
Hah! Kan pelik tu. Kalau sebelum ini, sesiapa sahaja yang menyertai PAS, dengan mudah mereka memberikan gelaran sedemikian kepada mereka.

Biarpun orang tu tak de sebarang latar-belakang agama, tetapi PAS tetap juga mengiktiraf seseorang yang baru menyokong mereka sebagai seorang Ustaz ataupun Ustazah.

Cuba tengok Si Ostazah Pening tu pun cukup la. Bukan ke itu satu pengiktirafan yang diberikan oleh penyokong - penyokong PAS terhadap dia selama hari ini?

Hakikatnya, PAS terasa malu dengan diri mereka apabila dikalangan ahli UMNO serta calon Barisan Nasional juga mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Perkara tu pernah berlaku beberapa kali. Dan yang paling terkesan ialah apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.

Pada ketika itu, PAS mati - matian mempertikaikan taraf pendidikan yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional, Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Punya diorang takut sampai tahap diorang sanggup buat fitnah berkaitan dengan taraf pendidikan yang diperolehi oleh calon BN dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kesimpulannya, PAS perlu terima hakikat dan jangan suka mendabik dada mengatakan kononnya hanya mereka sahaja yang Islam di Malaysia ni. Ramai lagi orang lain yang lebih mendalami ilmu Islam dan tak semetinya mereka tu semuanya orang PAS!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. uataz sekupang dua tu macam mana..ostaz bob ustazah poning, ustaz khairi..banyak lagi..sudah lah PAS..penipu..hidup PAS untuk menipu..PAS dulu boleh percaya PAS sekarang...duit pandang punya parti...kerja.tak sampai tahap memuaskan..kawasan PAS pegang semua kotor..contoh Bandar baru bangi..kotor kotor kotor., taman tasik cempaka bangi, pusat pelihara nyamuk....Selangor paling tinggi dengi lah beb, sebab apa, PR pegang..adun tak buat kerja makan elaun buta..down with PR..

    BalasPadam
  2. Kpd pengikut dan penyokong Pas selama ini hanya pemimpin mereka saja yg layak dipanggil ustaz.
    Kalau pemimpin Pas, orang yg macam Mat Sabu pun mereka lonjakkan sebagai ustaz ketika memperkenalkannya untuk berucap. Lebih-lebih lagi kalau majlis itu akan melancarkan kutipan dana untuk parti dan konco-konconya.
    Justeru, apa calaon BN di Pengkalan Kubur dinobatkan oleh penduduk setempat sebagai ustaz sedang calon mereka tidak kerana dia hanya seorang kontraktor, maka sakit sangatlah jiwa mereka dan bernanahlah telinga mereka mendengar panggilan ustaz untuk calon BN.
    Kalau Pas yg lakukan boleh. Kalau UMNO tak boleh.
    Kpd mereka Islam itu hanya milik mereka.
    Islam mana?
    Islam Pas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. di pengkalan kubur oas akan di kuburkan

      Padam
  3. Kalau dah nama pas tu, dari dulu smp skrg sama je.., dulu pun takleh pecaya, skrg pun sama. Cuma umno je, dulu tip top, skrg flip flop.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping