Khamis, September 18, 2014

Nampak gayanya, pentas perwakilan Pemuda PAS dalam muktamar kali ini menjadi medan mengkritik kewibawaan Ketua Pemudanya yang baru.

Dalam tempoh setahun sejak pemilihan dijalankan sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu dilihat terlalu lemah sehingga GAGAL menjalankan tugasnya.

Bukan sahaja dia dikritik dari segi kepimpinan, malah dasar perjuangan PAS yang selama ini dihormati juga turut GAGAL dipertahankan secara tegas.

Rata - rata perwakilan yang tampil menyampaikan ucapan masing - masing dilihat lebih banyak mengkritik tindak tanduk yang ditonjolkan oleh Suhaizan Kiayat.

Terutama dalam isu mempertahankan pendirian serta keputusan yang telah dibuat oleh parti berkaitan isu kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor.

Suhaizan juga dikritik kerana GAGAL meyakinkan rakan lain dalam Pakatan untuk terus menjaga maruah dan imej Presiden PAS dari dikutuk secara terbuka.

Hal itu dijelaskan oleh perwakilan dari Terengganu yang ternyata kecewa dengan isi kandungan ucapan Suhaizan berkaitan dengan isu kehilangan Kedah dan Terengganu.

Jelas, ucapan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap parti serta dianggap senada dengan kenyataan sumbang yang dilakukan oleh sekutu mereka dalam Pakatan.

Tidak cukup dengan itu, perwakilan dari Terengganu itu juga turut menyerang prinsip "Politik Budiman" yang ditonjolkan oleh Suhaizan dan dianggap sebagai RETORIK.
"Kita bercakap tentang budiman, tetapi tiba-tiba anggota tidak budiman dengan presiden sendiri,” katanya sambil mempersoalkan komitmen Suhaizan pada Hadi.
"Saya mengikuti perbahasan sejak awal dan saya masih menunggu kenyataan rasmi dari Ketua Pemuda PAS mengenai sokongan jelas pada presiden PAS,” katanya.
Kesimpulannya, keGAGALan Si Suhaizan itu dapat dilihat dengan jelas dan ianya merupakan punca utama kenapa PAS mudah diperlekehkan oleh orang luar. 

Kalau maruah Presiden parti sendiri pun tak dapat nak dipertahankan, macam mana diorang nak jaga maruah rakyat dan juga kesucian Islam dikalangan rakyat Malaysia? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping