Rabu, September 24, 2014

Biar pun sebelum ini Si Azmin tu didakwa pernah mengadakan hubungan khalwat dengan seorang wanita didalam sebuah apartmen, tapi ianya tetap dihalalkan oleh PAS.

Malah sekarang puak - puak yang sering mendabik dada mengatakan diorang KONONnya memperjuangkan Islam tu terpaksa tunduk kepada Si Azmin tu.

Bak kata Si Tulangbabi, eh silap... Si Tulang Besi ni, PAS kini wajib taat kepada Azmin diatas arahan Presiden PAS yang mahu semua orang menghormati pilihan Istana.

Tapi, apa yang dinyatakan oleh Si Tulang Besi ni nampak sangat ada niat yang jahat terhadap PAS. Dia seolah - olah menghina tindakan yang dibuat oleh pemimpin PAS tu.

Dari apa yang ditulis dalam laman media sosial Facebook milik dia, memang nampak sangat Si Tulang besi tu cuba menghina 4 orang Exco Negeri yang letak jawatan sebelum ini.

Diulangi, $ Exco PAS Selangor sebelum ini Letak Jawatan!!! Diorang bukannya dipecat oleh Si Azmin Ali tu. Sebaliknya, diorang letak jawatan kerana mandatnya sudah tamat.

Dalam erti kata lainnya, bila Si Khalid Ibrahim tu letak jawatan, maka secara automatik mandat 4 orang Exco tu juga tamat sebab mereka juga dipilih oleh Si Khalid Ibrahim tu.

Jadi, tak de timbul dah isu sama ada diorang akan kekal atau digugurkan oleh Si Azmin Ali tu dalam pentadbiran barunya. Maka, usah la Si Tulang Besi tu mengarut benda yang bukan - bukan.

Soal sama ada Si Azmin tu nak siasat pegawai - pegawai PAS yang dilantik oleh Rejim Khalid Ibrahim tu sebelum ini, terpulang pada dia la. Kalau dia benar - benar telus, dia siasat.

Tapi Si Azmin tu sendiri perlu ingat! Dia jugak perlu jelaskan kepada rakyat apa yang disebut oleh Si Chegubard tu sebelum ini. Dia jugak perlu angkat sumpah terhadap setiap dakwaan yang telah didedahkan. Jangan Si Azmin tu ingat dia maksum sangat!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Ini baru permulaan bang.azmin ni licik macam belut,dia punyer belit kurang sikit dari nuar.anuar depan melayu cakap lain,depan cina auta lain,assemin,depan nuar cakap lain,diam2 plan b, c, d dia harap pas dan terakhir umno cover dia.

    BalasPadam
  2. Jika Pas dipinggirkan, nyatalah si Azmin tu bagaikan 'kacang lupakan kulit'.
    Kpd penyokong Azmin, Anwar dan Azizah, insaf dan sedarlah bahawa tanpa Pas mencadangkan Azmin jadi MB, bolehkan dia berada dikerusi itu.
    Bagaimana kalau Pas tidak calonkan nama Azmin? Sedangkan PKR dan DAP tidak pun mencadangkan nama Azmin.
    Kalau orang beriman dan berbudi bahasa, sepatutnya Azmin yg sepatutnya tunduk kpd Pas, bukan sebaliknya.
    Inilah manusia-manusia jahil yg langsung tak ada sedikit pun iman dihatinya.

    BalasPadam
  3. Peguam separa cerdik yang mengelirukan awam menjerit Azmin tak layak jadi MB. India, US dan UK dirujuk. Habis tu kenapa Azmin tak tolak jawatan itu jika yang layak adalah Wan Azizah? BN dan PR berbeza dan ini tidak diterangkan oleh peguam berkenaan.

    BalasPadam
  4. Kalau UMNO cover dia bodohlan namanya..Sepatutnya kuasa diserahkan semula pada rakyat sebab dgn terlantiknya Azmin tidak menyelesaikan masalah yg ada..menambah masalah ada sebab semua puak dlm PR mula menyalak...Bila mahu selesai masalah politik longkang mereka ni...Semua kuat main belakang...

    BalasPadam
  5. pas reda khalwat dan sodomi di angkat jadi pemimpin. parti isle ghapo gitu

    BalasPadam
  6. Ikutkan logik akal, bila Azmin terima jawatan MB yg dicadangkan oleh Pas - bukan PKR dan DAP, maka dia haruslah dipecat dari parti kerana engkar arahan.
    Tapi adakah itu yg mereka lakukan?
    Sebaliknya, setelah Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Nurul Izah berbincang secara sulit tanpa orang lain, tetiba Wan Azizah umum tarik diri dari pencalonan walaupun ada komen konon perlantikan itu tak ikut undang-undang.
    Apa punya drama yg Anwar mainkan?
    Yg peliknya, semua yg sebelum itu bermati-matian mahukan Jijah jadi MB terus bisu. Dan penyokong Pas yg berdegar-degar mahukan wakil Pas jadi MB terus jadi macam tikus jatuh ke beras. Soh, senyap, sunyi dan sepi. Langsung tak berbunyi. Apa hal? Apa dah jadi? Dan baru tahu langit tu tinggi atau rendah?
    Itulah akibatnya mentarbiahkan ahli bahawa orang UMNO tu jahat, penipu, pembohong dan kaki rasuah.
    Sekarang siapa yg kena tipu dan siapa yg kaki rasuah? Siapa yg jadi gila melihat banyaknya duit yg dikumpul Khalid di Selangor?
    Kalau Selangor tak ada banyak duit, mungkah akan ada 'Langkah Kajang'?
    Kalau tak ada Anwar Ibrahim akan tersingkirkah Khalid Ibrahim dari kerusi MB tanpa sebab? Tak apalah.... Teruskanlah berkawan dan bersahabat dgn manusia-manusia yg lupakah kuasa dan kudrat Allah swt. Jangan ingat manusia ni ada kuasa. Manusia adalah patung bernyawa yg sepenuhnya dikuasai dan milik Allah swt. Tanpa izin dan kehendak Allah swt, sehelai daun pun tak akan mampu gugur dari dahannya.
    Faham dan ingatlah kalau kalian benar-benar orang beriman. Kalau tidak, jadilah seperti apa yg telah terjadi. Bersumpah bagai nak gila, tapi tak lama selepas itu apa yg disumpahkan jadi sampah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping