Rabu, September 10, 2014


Ahli PAS yang terlibat dengan PasMa-(Cai) dinasihatkan untuk 'keluar parti secara terhormat', kata Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Mahfodz Mohamed.

Kenyataan tersebut dibuat setelah melihatkan kepada perkembangan aktiviti badan tersebut yang berterusan membidas Presiden, maka itulah jalan terbaik sekiranya kepercayaan dan ketaatan kepada pemimpin sudah lenyap.     

Kata beliau, tidak wajar bagi seseorang mengaku taat setia kepada parti, sedangkan dalam masa yang sama turut  menghentam Hadi Awang secara terbuka disebabkan keputusan pemimpin itu yang tidak selari dengan konsensus.
"Daripada terus menerus menghentam jadikan gelanggang untuk menghentam Presiden sedangkan dia ahli parti, mana boleh. Ahli parti yang masih mengaku taat setia kepada parti, tiba-tiba hentam parti sendiri. 
"Jadi bagi saya lebih baik dia mufaraqah, meninggalkan parti. Cari lah pemimpin yang boleh mengikut kehendak mereka. 
"Kalau kita dalam sembahyang, kalau kita dah tak percaya kepada imam kita, misalnya kalau bacaan tidak betul, maka kita kena mufaraqah (berpisah)," katanya kepada Antarapos.
Tambah Mahfodz, sebagai seorang Islam yang berada di dalam jemaah sesebuah parti, adalah menjadi satu kewajipan untuk mentaati pemimpin, selagi mana beliau tidak melakukan maksiat atau menyeru ahlinya melakukan maksiat. 

Malah kata beliau, apa yang dilakukan Hadi berhubung kemelut menteri besar adalah tindakan yang tepat sebagai seorang pemimpin yang mengambilkira semua aspek sebelum melakukan tindakan susulan.  
"Walaupun mesyuarat memutuskan pada 17 haribulan hantar dua orang pimpinan PKR, tapi oleh kerana keadaan gawat lagi dan pihak istana tak terima, sebab itulah Presiden dengan kuasa yang ada, setelah bincang dengan rakan-rakannyanya, maka beliau hantar nama dua campur satu itu (2 PKR 1 PAS). 
"Takkanlah semua Presiden nak bertindak berdasarkan mesyuarat..mesyaurat memang perlu tapi dalam keadaan urgent (terpaksa). 
"Macam juga panglima perang, takkanlah semua nak tunggu mesyuarat. Perkara itu urgent," katanya sambil mengulangi bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus seperti mana yang termaktub di dalam Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS.
Jadi, puak - puak PASMa(Cai) tu tunggu apa lagi? Takkan diorang nak orang halau diorang keluar baru diorang nak sedar diri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Anwarinas tidak akan keluar daripada Pas kerana mereka adalah penyokong tegar DSAI yang dibayar untuk memecahkan PAS.Bagi Anwar adalah mustahil bagi beliau menjadi PM sekiranya orang2 Melayu bersatu apabila Pas dan Umno bergabung

    BalasPadam
  2. Taat dgn pemimpin selari dgn ajaran Rasullullah s.a.w, selagi mana pemimpin itu melakukan amalan yg tidak menyeleweng daripada SUNNAH NABI.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping