Rabu, September 10, 2014

Sama ada pandangan yang diberikan oleh anak Nik Aziz ni adalah pandangan peribadi atau ianya bersesuaian dengan keputusan PAS, terpulang kepada persepsi sendiri.

Tapi hakikatnya, memang PKR yang sewajarnya dipersalahkan dalam isu berkaitan dengan kemelut kepimpinan yang melanda Pakatan Haramjadah tu di Selangor.

Realitinya, PKR merupakan punca kepada semua pengkhianatan yang telah berlaku sejak kebelakangan ini dan perkara itu tidak wajar dilupakan.

Sebaliknya, apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum yang lalu sepatutnya menjadi pengajaran kepada PAS untuk tidak mempercayai PKR dimasa akan datang.

Dalam tulisannya, anak Si Nik Aziz tu mengajak seluruh rakyat Malaysia mengamati kisah pengkhianatan ini yang didakwa bermula lebih awal.
1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
Apa yang jelas, anak Si Nik Aziz tu menyifatkan tindakan tersebut sebagai "Pemutus Hubungan Setiakawan" diantara PKR dan PAS.

Dan dalam keadaan itu, bagi pendapat anak Si Nik Aziz ni, dia memberikan Presiden dua pilihan iaitu sama ada bertindak drastik atau bersikap budiman.

Apa yang jelas, tindakan Hadi Awang untuk terus "Berlembut" dengan Pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka diatas mendapat pujian dikalangan masyarakat umum.

TETAPI malangnya, keputusan yang dibuat oleh Hadi Awang tu hanya bertahan selama 5 jam selepas PAS Pusat bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 yang lalu.
1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS.


2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.
Kesimpulannya, Pengkhianatan yang berlaku terhadap Presiden PAS dan juga parti itu bukan hanya dilakukan oleh pihak luar. Sebaliknya ia berpunca dari dalam parti itu sendiri.

Dalam erti kata lainnya, ada hikmah jugak la bila isu kemelut kepimpinan Pakatan tu melanda Negeri Selangor. Setidak - tidaknya kita boleh tengok siapa sebenarnya "Musang yang berbulu ayam"!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. "2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR."
    > Ya, sepatutnya PKR menolak...

    BalasPadam
  2. Saya penyokong tegar pkr,bagi saya haji hadi lah yang sebenar musang berbulu ayam dalam pakatan. Kita berpolitik setuju je la lantik wan azizah jadi mb, sultan tanak itu lain cerita.Datuk anwar dan yang berbahgia guan eng bersedia menerima tekanan kecuali presiden pas, hantu betul susah la macam ni,elok pencen ganti orang lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping