Heh! Kalau semalam, bukan main berdegar - degar Si Nenek Kipas tu cerita pasal perjuangan nak membersihkan Negara ni dari amalan rasuah.
Yang ditawarkan kepada ADUN - ADUN PAS ni menda kejadahnya? Tak pulak ianya boleh dianggap sebagai satu bentuk rasuah? Atau, ianya dianggap sebaliknya?
Jika sebelum ini, ada pihak yang buat dakwaan kononnya dua orang ADUN PAS yang bersetuju menyokong Si Wan Azizah tu telah ditawarkan habuan menarik.
Kali ini, ada lagi usaha untuk memancing ADUN PAS lain supaya mengambil tindakan yang sama telah pun didedahkan kepada umum. Katanya usaha itu sedang giat dijalankan.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha PAS Selangor berhubung tindakan beberapa pihak yang nak memancing ADUN PAS tandatangan SD menyokong Si Wan Azizah tu.
Malah, PAS Selangor katanya turut mempunyai maklumat lengkap berhubung dalang yang terlibat dan tidak teragak - agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing Adun kita (Pas) di Selangor. Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat terhadap dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.
"Pas Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tidak berdisplin dua Adun kita di Selangor," katanya.
Heh! Itu pun dia masih nak main sorok - sorok lagi ke? Katanya nak memperjuangkan Kebenaran. Tapi setakat nak dedahkan nama dalang pun takut, apa kejadahnya.
Maka ianya menjadi satu persoalan. Siapa dalang yang dimaksudkan? Adakah mereka terdiri dari orang diluar parti atau orang didalam PAS tu sendiri?
Mana la tau ye tak. Kat dalam PAS sekarang pun dah semakin ramai manusia yang serupa Musang Berbulu Ayam. Masuk PAS pun hanya sekadar nak jadi wakil rakyat. Bila dah dapat jawatan, perjuangan PAS pun diorang buang dalam longkang!!!
Nak dedahkan pun susah sangat ke? Kalau nak memfitnah dan mengkafirkan UMNO/BN, bukan main cepat dan ligat.....tapi bila nak mendedahkan kesalahan rasuah geng2 sendiri, macam segan2 pulak.
BalasPadamPoliticians...tak berintegriti secara Am nya...dan lebih2 lagi puak2 pr secara KHUSUSnya.
Kenapa blogger NEGARA PR dipautkan di sini padahal di blog tersebut tiada SATU pun blog yang pro UMNO/BN????
BalasPadambapak dan emak segala rasuah ada dalam PKR..kalau tidak macam mana ada PRK Kajang...lain lain macai yang gila gila mempertahan kan nwar..macam mana ada banyak duit di Israel, macam mana boleh macai macai buat fitnah...mau buat fitnah free ke...tentu ikut fikiran logic semua di bayar...tak rasuah ke tu..
BalasPadam