PENGARAH dan pelakon terkenal, Eirma Fatima menyifatkan golongan muda masa kini semakin lupa dan jauh daripada bangsa sendiri terutama masyarakat Melayu.
Menurut Eirma, disebabkan itulah memahami erti kemerdekaan itu sangat penting supaya kita dapat menghayati maknanya.
“Ibu dan bapa saya akan bawa saya keluar rumah seawal 6 pagi untuk menonton perbarisan bagi merasai 'mood' merdeka itu. Sekarang orang dah tak buat begitu dah.
“Jadi, sebagai rakyat Malaysia, tak kira bangsa apa, fahami erti kemerdekaan itu. Fahami bagaimana susahnya orang-orang zaman dulu nak mendapatkan kemerdekaan dan untuk mempertahankan hak-hak yang sepatutnya. Apabila kita faham baru kita hayati erti kemerdekaan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Malah Eirma turut menyentuh soal golongan muda yang malu untuk mengaku diri berbangsa Melayu kerana tidak tahu betapa hebatnya Melayu sejak zaman pra-kemerdekaan lagi.
“Orang muda sekarang makin jauh.. dia makin lupa Melayu itu sendiri sebab itu tak hargai. Ada juga yang belajar di luar negara tapi malu nak mengaku Melayu kerana mereka tidak tahu betapa hebatnya Melayu.
“Kerana hebatnya Melayu itulah, kita merdeka dan apa yang ada di negara kita sekarang ini. Kerana hebatnya Melayu itu jugalah, apa yang orang Melayu dapat sekarang ini. Itu yang budak-budak kita lupa,”
“Kena sekolahkan mereka lagi. Tak cukup ‘sekolah’ yang ada. Kalau anak-anak muda kita terus begini, habis. Dah tergadai baru kita sedar nanti,” katanya.
PS: Heh! Lahirnya golongan anak - anak muda macam tu bukan salah orang lain. Sebaliknya ada dikalangan pemimpin pun tak reti nak tunjuk teladan yang baik.
Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang sendiri pun tunjuk perangai hodoh tak tentu arah. Itu pasal la ramai anak - anak muda yang terpengaruh!!!
Saya peminat Erma Fatima...
BalasPadam