"Siapa yang bersetuju hari ini mengatakan Tan Sri Khalid hilang integriti beliau? Siapa? Angkat tangan siapa yang kata Abdul Khalid hilang integriti dia?"
Demikian persoalan yang diajukan oleh salah seorang perwakilan Pemuda PAS yang bangkit mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun tidak ada seorang pun perwakilan yang bangkit sebagai tanda setuju Khalid Ibrahim sudah hilang integriti sebagai Menteri Besar Selangor.
"Kami Pemuda Pas Selangor cukup hanya melihat tak perlu berhujah. Cukup kami mendengar hujah kalian dalam bicara, wacana, bicara sana, bicara sini.
"Saya rasa muktamar telah menunjukkan bahawa tidak ada dalam kalangan perwakilan hari ini (yang menyatakan bahawa) Tan Sri Khalid hilang integriti, setuju?," katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut menyentuh tindakan dua Adun Pas di Selangor yang melanggar keputusan Pas Pusat.
"Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada empat Exco Pas Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri supaya tidak dimiliki dan diambil oleh BN. Inilah hero kami.
"Berbeza dengan dua pengkhianat yang bercanggah sama sekali tidak mementingkan keputusan parti. Melanggar keputusan Pas Selangor, YB Saari Sungib dan YB Hasnol Baharuddin," katanya.
Sementara itu, perwakilan Sri Gading menuntut muktamar esok dapat memutuskan untuk memperketatkan Jawatankuasa Tatatertib supaya lebih digeruni oleh semua ahli termasuk pimpinan.
"Pengkhianatan oleh dua Adun Pas dan percanggahan dengan keputusan Presiden berlaku akibat jawatankuasa itu tidak digeruni.
"Saya desak tindakan serta merta dalam muktamar esok supaya Jawatankuasa Tatatertib harus diperketat," katanya dalam menyampaikan usul.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.