Khamis, September 04, 2014


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu, termasuk termasuk seorang Pengarah Jabatan Kastam negeri yang disyaki terbabit aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, 12 daripada mereka merupakan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 

10 lagi individu merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka serta pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.

"Sindiket itu melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran di Lembah Klang, hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Mohd Shukri berkata operasi itu turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan yang melibatkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.

Beliau berkata, barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak.

"Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara. Malah sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram," katanya. 

Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.

PS: Ok. Sekarang, bila pulak giliran PKR? Bukan ke sebelum ni ada yang buat laporan mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dalam proses pemilihan parti tu? Bila agaknya SPRM nak ambik tindakan???
Categories:

1 ulasan:

  1. Jika pegawai kastam dah rasuah, siapa lagi nak dipercayai patutlah masaalah penyeludupan tak selesai2.MAKAN WANG HARAM tidak akan berkat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping