Jumaat, September 19, 2014

Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah semakin sedar dengan kemaruk kuasa yang mengelilingi Si Ketua Penipu tu secara terbuka.

Kenyataan tersebut perlu diterima apabila rakyat di Negeri Selangor sendiri mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu yang menjadi dalang disebalik semuanya.

Hasil kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu punya agenda tersembunyi dalam isu berkaitan dengan krisis kepimpinan di Selangor.
"Melalui kaji selidik responden di beberapa kawasan DUN termasuk di Semenyih, Damansara dan Sekinchan, sebanyak 44.5 peratus bersetuju bahawa Anwar mewujudkan satu keadaan iaitu menukar menteri besar Selangor melalui pilihan raya kecil Kajang atau 'Langkah Kajang'.
"Bermula dengan Langkah Kajang, beliau digambarkan mempunyai kecenderungan untuk melebarkan kuasanya dengan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan cukup mudah," jelas Prof Madya Dr Ismail Sualman.
Malah, hasil kaji selidik yang dijalankan itu juga turut memberi gambaran bahawa Si Ketua Penipu tu juga turut bersekongkol dengan pemimpin lain dalam PKR.

Mereka juga turut berpendapat penglibatan Wan Azizah serta Rafizi Ramli dalam perencanaan agenda Langkah Kajang itu turut memburukkan keadaan.

Persoalan mengenai kedudukan Khalid Ibrahim itu juga sehingga hari ini masih GAGAL dijelaskan oleh kepimpinan PKR dan kewajaran memecat dia juga mengelirukan.
"PKR sendiri mendakwa Abdul Khalid lemah. Kalau Abdul Khalid lemah, kenapa calonkan beliau sebagai menteri dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang.
"Apa yang saya lihat, kaedah yang digunakan Anwar dan PKR untuk menukar menteri besar pada waktu ini adalah tindakan yang tidak tepat," katanya.
Nah! Sekarang sama - sama la kita nilaikan sendiri siapa Si Ketua Penipu tu dan apa perancangan dia yang sebenarnya. Jangan nanti masa depan kita yang tergadai dek kerana melayan nafsu serakah dia sudah la!!! Penyudahnya, jahanam Negara dibuatnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Parti jahanam memang macam ini, macam satu keluarga besar yang tidak ada pegangan iman langsung.. tunggang langgang segala hal. Walau perkara mudah menukar pemimpin sahaja, Ikutlah cam Umno parti keramat pejuang Negara Malaysia, nak tukar PM pun penuh tertib tanpa banyak masalah.. Sebab orang Umno tak gila kuasa cam Parti lain di Malaysia... Parti Umno terus dengan tradisi bila bapak pencen barulah anak2 boleh aktif dengan jawatan dalam parti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping